Q: Salam mummy-mummy semua boleh bagi tips tak bagi anak cepat tidur? anak saya 2 tahun hari-hari tidur lambat. Paling lambat pukul 2 pagi paling awal 1 lebih. Petang nak dekat magrib baru tido, dah paksa tido awal pun tak nak pastu lepas magrib die bagun, nak main je. Taknak bagi dia tidur tak boleh , nanti die akan sendiri tertidur.
Bila malam pulak nak bagi dia tidur cukup seksaa. Dalam masa tak tidur tu macam-macam keje die buat, belasah kita pukul-pukul kita pastu mainan die semua dia campakkan ke kita. Untuk maklumat saya ni suri rumah 24jam ngan dia, 24jam jugak la mulut saya ni mcm halilintar menjerit sana sini suruh die duduk diam, cakap elok-elok slow pun tak lut jugak.
Ada tips tak mmy semua, n sape ada pengalaman macam ni, korang buat apa kalau dapat situasi mcm nii. pleaseee share, saya tak boleh nak stress sangat pasal tengah pregnent 5bulan. Tapi memang setiap hari akan stress dengan anak .
.
Ini kisah Puan Ain, seorang suri rumah yang mengadap anak 24jam 7 hari seminggu dengan anak yang tak kira siang atau malam, tetap susah diajak tidur. Penat si ibu, yang pernah lalui je memahami. Tapi ketahui lah Puan Ain, bukan Puan Ain sorang sahaja ada masalah anak susah tidur. Rupanya memang ramai anak kecil zaman sekarang ada masalah tidur termasuk anak cikjai sekali dua tahun lalu. hehe
.

.
Kenapa sesetengah budak susah tidur malam?
Di sini Cikjai kongsikan 10 sebab yang boleh menjadi faktor mengapa anak kita susah tidur. Point-point ni Cikjai dapat dari pembacaan beberapa blog seperti blog Doktor Budak.
.
1.Sudah menjadi ‘habit’ perlukan bantuan untuk tidur
Ini biasa terjadi pada anak yang dah biasa tidur dalam buaian dan tidur bersama ibu bapa. Itu sebab bila dia terjaga, kita takde kat sebelah, dia akan menangis dan mengamuk.
2. Terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi
Tidur petang atau ‘nap time‘ amat penting bagi anak kecil untuk mereka ‘recharge energy‘. Tidur sekejap dapat mengembalikan tenaga mereka dan buat mood menjadi ceria. Jika seharian tidak tidur, mereka akan berasa penat.
Itu sebab anak yang tidak tidur petang lebih cenderung untuk susah tidur di waktu malam dan mengamuk-ngamuk disebabkan mereka berasa penat sebenarnya. Amat penting ibu bapa merutinkan tidur petang dalam 1-3 jam setiap hari. Tapi, jangan bagi anak tidur hampir waktu maghrib sebab dia akan berjaga bila tengah malam nanti.
3. Gelisah berpisah dengan ibu bapa (“separation anxiety”)
Kebanyakan anak kecil memang mempunyai syndrome gelisah yang tinggi bila berjauhan dengan ibu bapa. Kerisauan yang tinggi ini membuatkan mereka susah tidur sebab takut ibu bapa tiada di sebelah bila terjaga. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena dan asyik terbangun tengah malam.
4. Rutin tidur anak tidak tetap
Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat rutin tidur anak lebih susah. Ibubapa dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tetap juga boleh menjejaskan amalan tidur si anak.
Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Symptom yang boleh ibu bap perhatikan bila anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus.
Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Mereka selalu mengantuk waktu siang semasa di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Jikalau anak-anak ada situasi macam ini, perlu jumpa dengan doktor.
6. Tidak sihat
Hidung tersumbat, berhingus dan berlendir disebabkan selesema, resdung, alahan, ataupun asma boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit sebab tumbuh gigi pun boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.
7. Mimpi ngeri/ “night terror” atau mimpi berjalan (“sleepwalking”)
Kadang-kala, anak terjaga disebabkan mengalamai mimpi ngeri. Mereka berasa takut dan susah nak tidur semula. Mereka akan mengalami “night terror” di mana mereka akan menjerit, menangis, dan tidak dapat ingat apa yang berlaku selepas terjaga. Sama seperti berjalan dalam tidur di mana mereka akan bangun berjalan walaupun masih tidur. Selalunya, night terror dan berjalan dalam tidur akan hilang selepas umur semakin meningkat masuk umur remaja.
8. Ubat-ubatan
Sesetengah ubat seperti ubat selesma, alergi, dan ADHD boleh mengganggu kualiti tidur anak. Satu-satunya cara untuk mengatasi adalah dengan mendapatkan konsultasi semula dengan doktor tentang jenis ubat, dose dan juga waktu pemberian ubat.
9. Ketagihan gadjet
Anak ketagih gadjet memang menjadi cabaran utama ibu bapa zaman kini. Jangan tak percaya, anak seawal setahun lebih boleh tak tidur malam sampai 2 3 pagi sebab melayan video you tube. Ketagihan gadjet ini memang terbukti menjadi punca anak tak mahu tidur dan asyik tantrum. Jadi ibu bapa seahrusnya dari awal bertegas had kan penggunaan gadget seperti TV, tablet atau hp pada anak-anak.
10. Hormon tidur (melatonin) tak stabil
Sebenarnya, anak kecil sepatutnya tidak ada masalah untuk tidur kerana paras Melatonin (hormon tidur) lebih tinggi dalam kanak-kanak berbanding orang dewasa. Tapi hormon setiap orang tak sama. Ada yang dari bayi memang bayi susah sangat nak tidur membawa ke besar. Dan ada beberapa faktor yang menganggu paras Melatonin ini seperti cahaya dari TV dan gadjet.
.
Jadi, untuk Puan Ain dan sesiapa di luar sana yang alami masalah anak susah tidur siang dan malam, kita perlu usaha dan ikhtiar dari sekarang untuk betulkan semula pola tidur anak. Jika pola tidur bermasalah dari kecil, nanti ia akan menganggu daya fokus nya bila dia bersekolah. Ibu ayah boleh mencuba ikhtiar dengan Essential Oil.
.
.
Untuk membetulkan pola tidur anak, tak susah jika kita fahami tentang hormon tidur ini dan cara bagaimana menstabilkan semula hormon tidur dalam badan anak ada dalam entry Anak sukar tidur? Mungkin kerana hormon tidur nya tidak stabil.
Artikel berkaitan:
- Balm Tasneem keperluan penting ibu ayah masa kini
- Anak susah tidur sampai kena cari air penawar!
- Berapa jam si comel perlu tidur dalam sehari?
- Anak susah tidur? Mungkin hormon tidurnya tidak seimbang!
- Anak yang cerdik dan cerdas bermula daripada tidur yang lena
- Sleep time balm selesaikan masalah anak susah tidur
I抦 not sure where you are getting your information, but good topic. I needs to spend some time learning more or understanding more. Thanks for excellent information I was looking for this information for my mission.