5 Cara Betul Memilih Sabun Bayi

Kulit bayi sangat sensitif dan ia memerlukan penjagaan yang terbaik. Sebenarnya, mandikan bayi dengan air biasa sudah memadai, tapi mesti kita rasa tak puas, nak juga pakaikan sabun kan? Tapi ia tidaklah memudaratkan jika anda bijak memilih sabun yang betul dan sesuai dengan kulit bayi anda.  Terutama untuk bayi yang kulit sensitif.

Banyak produk di pasaran. Bagaimana mahu memilih?

 

Jom kita semak bagaimana nak memilih sabun yang tepat untuk kulit bayi anda.

Sabun bayi: 5 cara betul memilih 

Sebelum membeli, anda perlu faham bagaimana untuk memilih sabun yang terbaik untuk bayi. Tip ini akan membantu memudahkan urusan anda:

1. Sabun bayi lembut

Pilih sabun bayi bukan toksik, lembut dan bebas dari apa-apa kimia bahaya. Pastikan kandungan sabun tiada bahan kimia seperti Paraben dan SLS.

Sebagai contoh, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) adalah bahan kimia berbahaya bagi kulit yang biasanya dapat ditemui pada beberapa produk seperti pada ubat gigi dan sabun. Pemakaian yang kerap dan dalam jangka panjang akan menimbulkan alergi, gatal-gatal, kulit kering dan kemerah-merahan.

Bahan Kimia yang biasa terdapat dalam produk mandian dan kosmetik

2. Elak beli sabun yang ada buih berlebihan

Ada perbezaan antara membersihkan kulit bayi dan kulit dewasa. Sabun yang mempunyai buih berlebihan mempunyai bahan kimia tambahan yang mungkin akan membahayakan kulit bayi anda.

Sabun berbuih adalah satu tanda sabun itu mempunyai bahan kimia tambahan

3. Jangan pilih sabun mandi bayi yang ada wangian

Anda dinasihatkan untuk menggunakan sabun bebas bau untuk bayi anda. Sabun yang wangi biasanya menggunakan wangian sintetik yang juga mengandungi kimia kasar yang boleh menyebabkan reaksi pada kulit bayi.

Lagipun bau bayi sendiri pun dah wangi, kan? Jadi, buat apa nak beli sabun yang ada pewangi lagi.

 

4. Sabun bayi untuk kulit alergi

Jika bayi anda mempunyai kulit yang sangat sensitif atau menghidapi kulit kering atau ekzema, anda perlu mencari sabun yang berlabel hypoallergenicIa bermaksud ‘tidak mungkin memberi reaksi allergy’.

 

5. Baca kandungan dalam sabun

Untuk memastikan sabun bayi adalah hypoallergenic dan tanpa toksik, anda perlu menganalisa bahan-bahan dalam sabun.

Periksa bahan-bahan dalam internet untuk melihat jika sabun tersebut boleh menyebabkan apa-apa reaksi alergi.

Jauhkan dari sabun yang mengandungi alkohol, glicolpropylene dan bahan kimia lain. Sabun yang diperbuat dari bahan semula jadi adalah yang terbaik untuk kulit bayi sensitif.

Cari sabun yang mengandungi bahan seperti almond, susu, koko, mentega, madu dan minyak zaitun.

 

Semoga dengan tip cara memilih sabun untuk bayi anda ini, ia akan memudahkan anda untuk memilih sabun yang terbaik untuk bayi dan menjadikan masa mandi lebih menyeronokkan.

 

Baca juga:

Baby Spa Set Tasneem Natural

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

1 thought on “5 Cara Betul Memilih Sabun Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat