Cikjai Blog

5-minute suggestion method: Cara mudah pujuk anak tak nak pergi sekolah

‘5 minute suggestion method’ ini adalah kaedah menyampaikan mesej sewaktu anak tidur-tidur ayam. Iaitu 5 minit sebelum dia tidur nyenyak. Waktu ni anak dalam keadaan alpha yang mudah menyerap segala bentuk mesej dan pesanan satu hala. Segala mesej yang kita sampaikan akan terus masuk ke minda separa sedar nya. Itu sebab Cikjai kata ini waktu terbaik untuk jampikan anak.hehe atau sama jugak macam teknik affirmation sebelum tidur kan?

So waktu ni ibu ayah boleh sampaikan kata-kata cinta pada si anak dengan bermacam pesanan. Teknik ni parents boleh guna untuk bantu anak mengubah sesuatu tabiat, termasuklah:

  • Nak bagi anak-anak tidur lebih nyenyak bagi anak yang susah tidur

  • Membantu mereka kawal tantrum

  • Membantu mereka untuk lebih fokus

  • Membantu mereka mengatasi maslah kesihatan. Keep saying anak umi sihat, cergas & kuat!

  • Waktu ni jugak paling best untuk kita minta maaf pada anak kalau kita ada termarah anak pada siang hari

  • Dan juga untuk tawan semula hati anak lepas seharian kita sibuk bekerja dengan bagi ucapan sayang dan sebagainya.

 

Personally, kaedah ni Cikjai dah try buat untuk pujuk Miqdad supaya suka dan tak takut pergi sekolah. Mula praktis dua tiga bulan sebelum nak masukkan Miqdad ke tadika. Caranya amat mudah tapi tetap kena sabar tau, hanya perlu bercakap dengan dia sebelum tidur. Setiap malam cakap menda yang sama. Contohnya macam ni:

 

Miqdad very good boy, umi sayang along, abi sayang along.. Along very good, soleh boy, wake up early, no cry-cry, mandi awal, gosok gigi, solat dengan abi, salam umi, salam adik, Along happppy going to school! Along looove going to school!”

 

Si umi pun kena visualize yang esok pagi Miqdad senang bangun, takde drama air mata. Dia sangat happy pergi sekolah!

Then kalau nak tahu memang terbukti berkesan tau teknik ni even masa awal-awal tu jenuh jugak la ada masa dia refuse dan meragam tak mau p sekolah.  Almaklum Miqdad anak sulung, tak pernah berenggang, tak pernah hantar nursery atau dijaga orang. Memang tahap melekat tak mau berenggang tu sangat tinggi kut!huhu

 

Pagi-pagi lepas bangun bersiap, umi kena urut-urut jugak pakai balm Tasneem especially si Calm yang warna hijau nak bagi mood dia ok balik

 

Hasil psiko dia setiap malam sebelum tidur, Miqdad become much better. Sebelum tidur tu jugak, kita bercerita perjalanan flow yang akan berlaku kat sekolah. Apa yang dia akan buat, ada teacher yang mengajar, ada ramai kawan dan bla.. bla..

 

Lagi nak buat dia senang bangun, abi nya akan offer p sekolah naik motor. Memang suka nau dia!haha

Miqdad mula bersekolah masa umur 4 tahun, sekarang dah 5 tahun. Tahun ni lagi senang. Memang bangun sendiri, tak payah kejut, mandi sendiri, bersiap sendiri, isi air sendiri. Dia siap lumba dengan abi nya sape siap lagi cepat.hehe

So parents yang masih trouble hadap anak nangis pagi-pagi tak mau p sekolah, wajib cuba tau cara ni. Antara points yang parents kena buat jugak masa praktis kan teknik ni:

  1. Usap anak dengan penuh kasih sayang masa bercakap dengan anak tu
  2. Bercakap dengan penuh kasih sayang dan pengharapan
  3. Bayangkan dan visualize anak dalam keadaan yang kita nak tu. Contoh, dalam kes anak tak mau p sekolah, kita bayangkan semuanya smooth dari mula anak celik mata.
  4. Konsisten buat setiap malam hingga 21 hari atau sampai selesai isu tu
  5. Mesej yang nak disampaikan pada anak mesti spesifik. Tak boleh lebih dari 3 perkara. Psst jangan tamak okey! Nanti otak dia pening nak proses.hehe

Semoga berjaya!

Proven experienced by Cikjai =)

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

One thought on “5-minute suggestion method: Cara mudah pujuk anak tak nak pergi sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart