Cikjai Blog

5 Tips Praktikal Urus Masa untuk ‘Working at Home Mom (WAHM)’

Menipu la aih bisnes dari rumah ni libas-libas rambut je. Rambut pun silap haribulan macam kak limah. Entah-entah mandi pun sehari sekali. Rambut tu kalau bersikat elok untunglerr haa!

Hihi ini memang kejadian real mak-mak yang bekerja dari rumah tau. Bukan sikit yang bertanya macam mana Cikjai dan leader-leader lain manage masa. Ramai tau para suri rumah yang berkobar sign up agen, nak bantu suami bla bla, at last tersungkur jugak tengah jalan.

Makna nya apa? Yang duduk rumah ni memang lagi sesak masa. Kelam kelibut berperang dengan kerja rumah, dengan anak-anak.

So post ini Cikjai dedicate khas untuk kawan-kawan yang bekerja dari rumah, membina empayar bisnes dari rumah sambil anak dalam jagaan depan mata.
.
.

1. First sekali. Perkara penting yang nak kena setel adalah MIND SET.

Tukar mind set yang ‘sekarang aku bukan lagi suri rumah sepenuh masa’. Bila korang dah decide nak bisnes online dari rumah, maksudnya korang dah jadi suri rumah separuh masa.

Separuh masa lagi bekerja membina kerjaya dari rumah. Kena sematkan dalam fikiran yang bisnes aku sedang buat ni adalah kerjaya, jadi kena plan urus masa macam orang bekerjaya walau hanya berkain batik.

Then another tips nak mood cantik, kita kat rumah pun kena mandi awal, pakai cecantik, mekap sikit, sembur #Rouzan, by Tasneem. Alaah perfume natural yang tiga hari tak hilang bau tu.! Haa pastu macam lipas kudung la setel segala menda sebelum nak masuk SOHO (Small office Home office). Ni korang buat, memang curlas kau jah!

Sembur perfume ni sepanjang hari korang rasa berkeyakinan tau. Idokle asyik bagi hidung hidu bau bawang je!hee

.

2. Setelkan segera isu RESTU SUAMI

Sebelum join apa-apa bisnes, bagitau suami, mintak izin. Duduk dan bincang. Bagitau dengan jelas, saya nak meniaga ni, nak bantu abg cari duit bayar yuran sekolah anak. Saya teringin nak pegang duit sendiri. Saya nak berjaya macam orang lain. Cerita pada dia kisah-kisah orang yang dah berjaya walau dari rumah.

Tapi rumah tak dan la berkilat sokmo bang, kain segunung kita tarah sama-sama hujung minggu boleh? Toilet kita gilir-gilir cuci boleh ye abg.

Kain segunung kita tarah sama-sama hujung minggu boleh? Gotong royong sama dengan suami dan anak-anak

.

Abg untung tau saya meniaga dari rumah je. Anak saya jaga depan mata, takde kuar duit hantar pengasuh, baby saya susu kan lagi. Mende remeh temeh cam gini kita tolerate boleh la naa. Kalau ada masa-masa saya over busy, saya masak simple-simple je boleh eh. Sekali muaah banyak sikit haa jangan lupa! 😜

.

3. Plan your day!

Especially bab masuk dapur. Kalau dah nama suri rumah, memang masa banyak habis dekat oil & gas department. So korang kena pandai. Masuk department tu sekali sehari dah laaa. Kita pun kerja kan. Mana dan aih nak masak 6x sehari uiii.

Mana yang rajin buat stock lauk frozen boleh terus buat untuk 3 4 hari. Sampai masa nak makan, tinggal panaskan je. Tapi biasa housewife ni tekak tak lalu nak telan lauk frozen ni.

Sumber gambar: Google

.

Jadi, kalau sejenis masak time breakfast, masak terus sekali jalan lauk untuk makan tengahari. Kalau time minum petang, masak sekali untuk dinner. Bahan-bahan basah dah siap cuci, ikan dah bersiang seminggu sekali terus.

Kalau macam Cikjai, anak masih kecik. Cikjai start jadi suri rumah bila jam dah 5 petang. Time tu la sibuk masak, kemas rumah laki nak balik 😂.

Cikjai masak sekali sehari je iaitu waktu petang. Masak lebih untuk cikjai makan sama dengan anak-anak esok tengaharinya. Breakfast buat air cicah roti biskut je. Perut sendiri kaan? Makan je lah apa-apa. Suami nak balik, kita masak fresh untuk dia.

.

4. Cari jalan jimatkan masa dari hadap anak yang high needs

Then another tips nak kongsi, ada anak yang memang senang nak urus. Ada budak jenis nak ngempeng, nak berdukung je. Sekarang dah banyak tau produk yang boleh bagi baby and anak-anak behave. Kalau dah anak awak asyik nak ngempeng, nak berdukung je 24jam. Style letak je nangis, memang apa keje pun tak leh jalan beb!

Awak nak meniaga, nak layan customer, nak p cod barang. Kalau labur sikit untuk anak dapat puas tidur, tak asyik meragam menangis, letak je boleh diam. Banyak masa boleh jimat tau. Banyak masa boleh guna untuk coaching team, layan pm, buat iklan sana sini n fokus hadap bisnes sementara anak tengah lena haaa.

Sebab mak dia tokey #BalmTasneem. Memang habes lumur la kat baby. Hasilnya gini la. Tergolek je tido 😂. Nak pakai stokin pun tak dan. Cadar pun umi tak sempat sarung 😅. Tiap kali tidur mmg 3jam jugak tau

.

5. Sentiasa cari alternatif short cut bagi mudah.

Contoh kalau melipat baju anak-anak ambil masa yang sangat lama, why not amek idea macam dalam gambar ketiga ni, hanger je baju dorang. Buat penyidai pendek yang anak sendiri boleh capai. Boleh ajar dia mengemas sekali kan?

Puan Baizura tempah penyidai macam ni nak uruskan kain baju anaknya 4 orang. Jimat masa melipat baju

Contoh lain, beli rak-rak ikea yang mudah nak asing baju anak-anak. Boleh terus asing baju untuk siang dan malam.

Contoh rak yang memudahkan kerja ibu-ibu

.

At last, nak berjaya memang berbalik pada burning desire korang jugak. Kalau impian setinggi bintang, menda-menda hat lain tu jadi sekecil semut je gais!

Paling penting jangan asyik rasa rendah diri sebab kita ni suri rumah. Sila bangkit, tepuk bahu sendiri, kata kan pada diri Tahniah! Ko dah buat yang terbaik hari ni!

Kita juga bekerjaya, yang duk kondem kata kita syok goyang kaki je kat rumah tu cili kan aje! Haha! Eh, memain je tauu! Haha

Paling penting doa lah, suami, anak-anak, mak ayah, mak ayah mertua faham akan kerja kita. Doa yang suami tak expect terlalu tinggi bila kita duduk rumah ni. Kita tetap perlukan dia urus rumah tangga sama-sama kan?

Sekian, salam sayang dari

Cikjai

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart