Agen Tasneem Kota Tinggi, Johor

Puan Yus Faridah (017-7805677)

Salam semua. Hai👋. Saya Yus Faridah bt Md Farid. Berumur 37 tahun. Berasal dari Kota Tinggi dan menetap di Ulu Tiram, Johor. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak yang soleh & solehah. Ameen.

Mula menjadi pengguna balm Tasneem Naturel sekitar Ogos 2017. Masa tu anak sulung saya, Abg Aydil semput. Siapa ada pengalaman menguruskan anak yang semput ni tau lah macam mana kerisauan kita kan. Memang tak nyenyak tidur malam sebab monitor keadaan dia.

Bila kerja, pada kawan²lah tempat kita meluahkan kerisauan hati. Masa tu sahabat saya cadangkan agar saya cuba Coughflu untuk Abg Aydil.

Alhamdulillah, dengan sapuan secara konsisten, Abg Aydil beransur sihat. Walaupun tidak 100% hilang terus semput tu, tapi balm ni amat membantu saya untuk masa² kecemasan terutama pada waktu malam.

Bila nampak anak² ada tanda² tak sihat, cepat² saya akan sapu balm yg berkaitan. Orang kata lebih baik mencegahkan. Sebab tu bila kemana-mana, kit kecemasan Tasneem memang menjadi peneman saya.

Pada disember 2017, alhamdulillah saya terima pelawaan dari sahabat saya Izzati Basar untuk menjadi ejen Tasneem Naturel😊.

Kenapa saya menjadi ejen? Sebab saya nak kongsi segala kebaikan balm ini pada semua ibu ayah agar dapat membantu meringankan serta memudahkan mereka dalam mengurus anak².

Alhamdulillah, direzekikan pencapaian saya setakat ini ialah senior agent. Moga Allah memudahkan untuk saya terus berkongsi dan sebarkan kebaikan balm ini kepada lebih ramai lagi ibu ayah. In sha Allah.

Jika ada sahabat² yang ingin alami sendiri kebaikan balm ini atau ingin menjadi sebahagian dari family Tasneem, in sha Allah saya sedia membantu. Klik sahaja www.wasap.my/60177805677

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat