Agen Tasneem Kuala Kangsar, Perak

Puan Munirah, Agen Tasneem Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Nama diberi Munirah Hanim Ishak. Berumur 32 tahun dan sudah dikurniakan sepasang cahayamata. Asal dari Kuala Kangsar dan tinggal pun di Kuala Kangsar. Surirumah sepenuh masa di samping bisnes online.

Perjalanan bersama Tasneem Naturel bermula di saat anak sulung (Adam Muhsin) mempunyai masalah tidur yang agak kritikal. Semua bermula selepas dia baru dapat adik dan berjauhan pertama kali dengan ayahnya. Masa tu saya di penghujung berpantang pada akhir tahun 2017.

Rutin tidur Muhsin biasanya akan tidur siang sekali atau 2 kali sehari. Malam pula jam 9@10 malam dah tidur. Tapi semua tu berubah, di mana siang dia tak tidur langsung dan malam tidur jam 12pagi. Jam 4 pagi dia akan terjaga menangis sambil menjerit2.

Semua tu berlarutan hingga hampir 2 minggu lamanya. Tidur saya tak cukup, sakit luka Czer masih berbisa dan kebetulan diuji dengan buasir. Tokwan dan Pah Muhsin pun huru-hara hidup sebab tolong jagakan sekali Muhsin. Muhsin tak tidur, kami pun tak tidur. Sampaikan saya trauma bila malam tiba. Berat badan dia pun susut teruk. Nurse memang marah masa tu.

1 hari masa skrol Fb, ternampak sahabat baik cerita tentang sleeptime. Saya tak buang masa terus order sleeptime dan minta cod secepat yang mungkin. Dapat je sleeptime terus disapu pada Muhsin. Sehari dua tak nak perubahan tapi saya gigih sapu. Hati ketiga baru nampak perubahan. Waktu tidurkan adik sambil berzikir, saya tengok Muhsin yang tidur dulu. Perasaan masa tu bersyukur sangat. Akhirnya Muhsin tidur siang!

Sejak dari tu saya konsisten sapu sleeptime pada Muhsin. Dan dari situ saya berminat untuk menjadi ejen Tasneem dengan niat untuk membantu ibu2 di luar sana yang mempunyai masalah seperti saya. Alhamdulillah anak2 berdua sangat serasi dengan kelima2 jenis balm.

Dalam Tasneem kami mempunyai support sistem yang kuat. Diajar tentang segala perkara mengenai bisnes.

Kepada yang ingin mencuba Tasneem Naturel boleh berhubung dengan saya melalui WhatsApp. Insya-Allah, saya sedia membantu. Malah kalau ada yang berminat nak join team kami pun sangatlah dialu-alukan.

Jom #balmbalmkananakmu dengan Tasneem Naturel!

Facebook : Munirah Hanim
Facebook page: Tasneem Naturel Kuala Kangsar
WhatsApp : 013-2944251
www.wasap.my/60132944251/balmtn
Kawasan COD: Kuala Kangsar dan sekitar

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat