
Assalamualaikum. Nama mama Raja Suhada Raja Muda, berumur 30 tahun, sudah berkahwin & mama kepada 2 orang hero & heroin. Menjadi ejen balm Tasneem Naturel di kawasan sekitar Meru Klang & Setia Alam Selangor bermula April 2018.
Pengalaman membesarkan anak pertama, Aiman memang agak mencabar, bila dia diserang batuk berkahak nak dekat sebulan lebih. Mama bawa Aiman pergi klinik & doktor bagi nebulizer untuk cairkan kahak. Luluh rasa jantung masa tu, kesiannya tengok Aiman menangis-nangis sambil meronta-ronta tak nak sedut gas nebulizer tu. Doktor pon ada bagi ubat batuk kalau-kalau teruk sangat batuk Aiman. Tapi tak guna pon ubat doktor bagi tu sebab Aiman baru 6 bulan masa tu.
Mama ni macam kesian nak bagi makan ubat macam2 dekat anak2. Memandangkan Aiman memang susah nak makan ubat, jadi macam berperang jugak lah. Malam tu mama sapu v*cks kat dada Aiman untuk legakan batuk kahak dia, tapi benda lain pulak yang jadi. Naik merah-merah macam ruam kat dada sebab tak sesuai dengan kulit sensitif Aiman. Dah lah batuk kahak teruk-teruk, kulit pulak gatal, memang tak lena lah tidurnya.
Jadi, gigihlah mama mencari petua tradisonal macam wap dengan bawang putih, mandi lemon dan macam-macam lagi. Tapi tak ada kesan positif pon. Mama ambil inisiatif lain dengan mencari balm baby yang ada bahan semulajadi untuk sembuhkan batuk kahak Aiman ni.
Dengan izin Allah mama jumpa seller balm Tasneem Naturel di Facebook, Zainurulazwa. Mama order coughflu balm untuk legakan batuk kahak & sleep time balm untuk bantu anak mudah tidur. Alhamdulillah dalam 2 hari je sapu-sapu coughflu balm tu memang keluar kahak & beransur hilang batuknya. Sapu sleep time sebelum tidur memang jadi mudah tidur & lena dan yang paling hebat sekali tak naik ruam lansung lepas sapu balm tu. Syukur sangat balm Tasneem Naturel ni memang serasi dengan Aiman & sangat membantu hilangkan batuk dia.
Lepas menjadi pengguna setia balm Tasneem Naturel ni nak dekat setahun, mama membuat keputusan untuk menjadi ejen Tasneem Naturel yang sah. Mama nak ibu-ibu kat luar sana pon merasai manfaat balm ini. Sebab rasa macam rugi sangat kalau ibu-ibu kat luar sana tak kenal balm Tasneem Naturel ni sebab memang menjadi kat anak-anak. Sejak dah jadi ejen ni memang tak pernah miss lagi untuk sapu balm kat anak-anak.
Balm Tasneem Naturel ni banyak sangat manfaatnya kalau nak cerita semua. Yang paling penting guna dengan konsisten, in shaa Allah akan nampak kesan positifnya. Selain dapat merasai kebaikan setiap balm ibu-ibu juga dapat menjana pendapatan dengan menjadi ejen Tasneem Naturel . Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi setiap usaha yang konsisten, in shaa Allah ada hasilnya.
Sekiranya ibu-ibu berminat nak sama-sama menjana pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, ibu-ibu boleh hubungi saya di talian :
whatsapp www.wasap.my/60196192329/balmblog