Cikjai Blog

Agen Tasneem Subang Jaya

Puan Farhana (018-3159351)

Assalamualaikum semua. Buat yang baru mengenali, nama saya Siti Farhana. Alhamdulillah dah berusia 30 tahun, berkahwin & sudah mempunyai 2 orang hero kecil. Mula menjadi pengedar sah Tasneem Naturel sekitar Ogos 2017. Baru setahun lebih je & sehingga sekarang pun masih menjadi pengedar yang sah di sekitar kawasan Subang Jaya & USJ.

Mungkin ramai yang dah tahu cerita macam mana boleh join dengan Tasneem Naturel ni. Balm pertama yang dicuba waktu tu balm Calm Time. Masa tu Luqman tengah fasa tantrum. Umur dalam 3 tahun lebih. Betul la tu, normal la kalau anak-anak tantrum kan waktu umur macam tu. Mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, baling barang, tapi kalau kita boleh kurangkan lagi amukan dia, mesti lagi tenang perasaan kita kan? Bagi je tips untuk kurangkan tantrum anak, semua pun kita cuba. Ada satu masa, bila ada orang pertikaikan kenapa teruk sangat Luqman ni mengamuk. Macam kita ni teruk sangat tak pandai nak urus anak. Sedangkan kalau boleh, kita dah jadi mak ni, memang taknak pun anak tu mengamuk. Seboleh mungkin kawal emosi anak, tapi tak semua benda kita kena turutkan kan? Memang terkesan sangat dekat hati waktu tu bila orang komen macam-macam. Tak nak dengar cakapĀ² orang, tapi dah terdengar pun. Sedihnya rasa waktu tu.

Bila nampak ada sedara jual balm ni, terus rasa nak cuba tanpa ragu-ragu. Tak fikir dah berkesan ke tak. Memang nak beli, nak sapu kat Luqman dengan harapan dia boleh kurang mengamuk. Mengamuk dia bukan setakat menangis biasa-biasa, memang mengamuk baring dekat lantai, hentak kaki, kalau teruk lagi, hentak kepala. Takkan berhenti selagi tak penat. Hari pertama dapat balm Calm, memang hari tu dia ada mengamuk. Peluk apa semua tak jalan, terus sapu balm Calm tu. Waktu dia tengah menangis tu, sapu balm. Sambil selawat sikit, baca doa untuk lembutkan hati anak, benda yang sama dibuat tiap kali dia mengamuk, cuma hari tu kita calit balm Calm.

Bukan nak kata hebat sangat, tapi memang tak lama lepas tu Luqman betul-betul ‘cool down’. Mengamuk dia tak lama macam biasa. Menangis pun tak lama. Bila bercakap dengan dia, ada respon. Tak marah dah. Apa perasaan bila jadi macam tu? Mesti la rasa lega teramat sangat, syukur, kagum ada, tak percaya pun ada. Nak kata tak logik pun boleh, tapi memang betul-betul jadi macam tu. Lepas tu pun boleh nampak perubahan Luqman setiap hari dah jarang nak mengamuk sangat. Sekali sekala tu memang la dia marah jugak, tapi dah boleh dikawal perasaan. Takde nak hentak kepala, nak baling barang dah. Itu la permulaan jatuh cinta dengan balm Tasneem.

Lepas tu, baru cuba balm yang lain. CF-RUB kot kalau tak salah. Sebulan lepas tu baru buat keputusan nak sama-sama join bisnes Tasneem Naturel tanpa mencuba semua balm pun. Lepas jadi pengedar baru guna semua balm dengan istiqamah sampai lah sekarang. Tak pernah tinggal setiap kali lepas mandi. Kami anak beranak memang ‘product lover’. Niat asal bisnes, memang suka menjual. Nak cari duit poket geli-geli. Dah kita pun duduk rumah jaga anak, nak jugak RM 10, RM 20 beli aiskrim. Itu dulu la, sebab tak pernah impi & mimpi boleh dapat RM 500 sebulan, tapi alhamdulillah pernah dapat.

Nak cerita manfaat setiap balm, memang terlalu banyak. Walaupun memang tak dinafikan kesan setiap balm bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Yang penting, guna dengan yakin & konsisten. Buat anda yang nak menjana pendapatan, insyaAllah Tasneem Naturel boleh jadi platform untuk anda. Kerja apa pun yang kita buat, disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah pasti ada hasilnya di kemudian hari. <– Ingatan untuk diri sendiri supaya lebih bersungguh-sungguh lepas ni.

Sekiranya ibu-ibu berminat mahu bersama-sama dengan saya menjana pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.

www.wasap.my/60183159351/balmentry
https://www.facebook.com/littlepumpkinshoppe17/

 

 

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart