Cikjai Blog

Agen Tasneem Teluk Panglima Garang, Selangor

Kalau nak cerita pengalaman sendiri guna balm Tasneem Naturel ni.. banyak! Seriously banyak!

Yelah dah 2 tahun jadi pengguna tegar. Daripada ada 4 jenis balm, sekarang dah ada 5 jenis & rangkaian produk penjagaan bayi yang lain. Anak mama daripada 2, dah masuk 3 orang dah. Setia sehhh.

Tapi nak cerita pengalaman yang terbaru dengan CF RUB ni. Pasal anak gegirl kena warded disebabkan jangkitan kat paru².

Berjangkit dengan abangnya, Aqil yang dapat pakej demam, batuk, selsema. Baby 26 hari mana lah kuat imunnya. Waktu mula² baby Ivy batuk selsema tu mama sapukan CF RUB ni. Memang keluar hingusnya melalui bersin.

Masa mula² kena batuk. Ni lepas mandi air suam & sapu balm…dia bersin keluar hingus.

.

Hari kedua..nampak tak hingus kuning tu. Keluar bila dia bersin. Tapi bila sedut² hingus takde pun. Masa ni tak boleh tido lena dah. Baring aje, dia meragam. So mama tido duduk sambil dakap dia kat bahu. Susah nafas kot dia time nih

.

Setiap kali menyusu, Ivy akan muntah semula sebab batuk tak lepas. Sekali muntah banyak ni tau. So mama start risau takut dia dehydrated

.

Masuk hari kedua, keadaan bertambah teruk..terus mama bawak pegi ke Emergency Hospital Kajang. Rupanya baby Ivy ada jangkitan kat paru² lepas di x-tray. Maka berhuhuhu la kami, kena warded.

Sepanjang duk hospital, baby Ivy kena on oksigen 24 jam selama 4 hari & on antibiotik sampai hari kelima. Kalau nak cerita pengalaman 6 hari 5 malam kena warded punya cerita..memang panjang oih.

Masuk hari ke 3, pegi emergency terus. Sebab baby lagi kan. Ingatkan pergi hospital dapat neb atau sedut kahak je. Sekali kena warded. Itu pun lepas kena X-ray baru tau kena infection. Merasa la Ivy minum air garam ORS, oksigen kat hidung & drip antibiotik kat tangan. Habis kaki tangan lebam sebab nak cari line masuk jarum

.

Tapi sepanjang duk wad & dah keluar wad ni, memang mama tak putus² doa & ikhtiar guna balm CF RUB & massage oil Tasneem Naturel. Sebabnya walaupun dah on antibiotik & oksigen, batuk kahak tu masih ada (masa keluar wad pun masih batuk & ada bunyi lagi).

Sebelum keluar wad, sempat doktor pesan kat mama rajin² kan buat tepuk percussion untuk longgarkan kahak. Kahak akan keluar sendiri melalui muntah, bersin atau melalui najis. Takde ubat pun dibekalkan sebab baby mana boleh bagi ubat batuk!

Semalam. Alhamdulillah. Makin sihat & bertambah berat. Huhu. Doktor pesan selain buat tepuk-tepuk tu, jangan terima pelawat buat sementara waktu. Since dia baru kena antibiotik, cucuk sebulan kena tunda 2 minggu daripada tarikh last antibiotik

.

Hari ni dah 3 hari keluar wad. Alhamdulillah dengan asbab CF RUB & tepuk percussion 5 minit setiap pagi & malam, batuk kahak dah takde! Lega yakmat!

Kesian sangat tau anak dalam pantang lagi dah kena warded bagai, mama rekemen sangat-sangat tau mommies cuba ikhtiar dengan balm CF-Rub ni sebagai alternatif. Sangat membantu cairkan kahak bagi kahak longgar, mudah keluar. Disebabkan kahak lama terkumpul dalam paru-paru tu lah penyebab kepada jangkitan kuman.

Untuk netizen di sekitar Teluk Panglima Garang, boleh dapatkan Balm Tasneem daripada saya. Hanya perlu wasap ke 0188741723 .

Puan Norazlin, Teluk Panglima Garang, 018-8741723

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart