Cikjai Blog

Anak lambat bercakap? Tips memilih mainan yang betul

Tengok anak orang dua tahun lebih dah petah becakap. Ada sepupu dia yang lain setahun lebih dah boleh buat ayat tiga empat perkataan. Tapi bila pandang anak sendiri, kenapa anak aku tak macam anak dia? Anak aku speech delay ke? Bila mengadu kat tok opah dia. Depa kata tak de pa aih. Hang nak kalut pasaipa. Esok tiga empat tahun mencicit la budak tu bercakap tak henti-henti.

Ada mummy & daddy yang pernah alami situasi macam ni?

Saya pernah. Tetapi saya tak nak tunggu keajaiban terjadi nak tunggu sampai anak tiga empat tahun tiba-tiba dia pandai bercakap sendiri tanpa apa-apa rangsangan. Kerana saya tahu speech delay adalah salah satu tanda anak autisme. Tetapi anak speech delay tidak semestinya autisme.

 

Daripada perkongsian Puan Izana, seorang speech therapist, saya dapat belajar bahawa kita, sebagai ibu bapa:

– Kena rajin bercakap dengan anak sejak dari bayi lagi
– Sebab tu penting ‘attachment’ anak dan ibu bapa
– Kebanyakan anak2 yg bijak bercakap adalah dari ibu bapa @ keluarga yang rajin bercakap-cakap dengan anak-anak.
– Kebanyakan punca speech delay semakin menjadi-jadi kebelakangan ini apabila anak-anak bina imaginasi atau hidup dalam penipuan (maya).  Bagaimana ia nya terjadi? Apabila parents sekadar hulur tab sebab nak senyapkan anak. Atau belikan anak mainan berlambak-lambak dan biarkan mereka bermain sendiri. Berseorangan tanpa apa-apa komunikasi.

 

Teknik yang baik untuk berkomunikasi dengan anak mengikut fasa usia anak:

Sejak dari Bayi: 

  • Ajar sebut Allah.
  • Selalu bercakap dengan anak, “hari ni kita akan buat sekaian-sekian,  kita nak pergi jalan ke sana sini”
  • Selalu bagi salam pada anak dan sebutkan nama nya, ucap selamat pagi bila anak bangun tidur, dan selamat malam sebelum tidur
  • Tidur lena anak mama..
  • Semasa menyusu ngajikan Al-Quran dan sebagainya

Anak fasa 0-1 thahun pula lebih pada emosi. Jadi perlu bina bau dan vibration rasa sayang pada anak. Mata ibu yang selalu pandang ke dalam mata anak bila bercakap akan buat anak kenal dan bina rasa tersendiri pada si ibu.

Apabila anak sudah berumur 1 ke 2 tahun, dia sepatutnya sudah boleh mengenal perkataan. Tapi mulakan dengan kosa kata tunggal dan mudah. Boleh mula ajak anak sebut bersama-sama.

Teknik permulaan untuk kenalkan perkataan mudah kepada anak:

1.Bunyi ekspressi
(hmmm) untuk tunjukkan makaan itu sedap
(moo) tunjukkan lembu
(waa) tunjukkan cntik dll

2.  teknik soal jawab
What is this? moo
Ini apa? moo…
-jawapan cukup satu kata, tak perlu ayat penuh

3. Selalu soal anak mama mana? Papa mana? Cikngah mana?
Ajar tunjuk itu dan ni

P/S: Ibu bapa tidak perlu expect komunikasi anak itu ertinya dia terus pandai bercakap. Sebaliknya, ibu ayah perlu peka dengan perkembangan anak.

 

Tanda anak menunjukkan perkembangan yang baik adalah apabila anak:

  • Dapat bunyikan satu suku kata mudah seperti ma..ba..
  • Dapat tunjuk itu ni. Sambil bunyikan sedikit
  • Dapat ucap na.. (nak)
  • Menangis apabila nak sesuatu
  • Ketawa apabila bahagia

Segala bentuk tindak balas anggota badan anak juga adalah bentuk komunikasi ibu dan anak. Cuma perkembangan anak-anak ini berbeza. Ada bayi umur 9 bulan sudah boleh bercakap.

Kita berharap bukan sekadar anak mampu bercakap, tapi juga berniat utk anak mampu berkata2 dgn kata2 yg baik (sesungguhnya kata2 yg baik itu sedekah كلمة الطيبة صدقة). Bahkan berkata2 yang mampu mengangkat agama Allah dan menyebarkan kebaikan kepada ummah.

Doa untuk anak yang lambat bercakap

 

Selain dari teknik komunikasi di atas, bermain dengan anak adalah rangsangan teknik komunikasi terbaik. Ini kerana dunia kanak-kanak adalah dengan bermain. Mereka lebih cepat belajar dengan bermain. Pemilihan mainan yang betul InshaAllah mampu membantu anak speech delay suka dan pandai bercakap seperti kanak2 lain.

PEMILIHAN MAINAN YANG BETUL UNTUK ANAK SPEECH DELAY

  1. Knob puzzle

Jangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas. Pemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.

Kebaikan knob puzzle:

  • Melatih anak meminta
  • Melatih anak develop motor halus- jika anak sudah boleh masukkan objek dalam puzzle, fine motor anak sudah ok
  • Melatih mengenal gambar
  • Meniru bunyi

2. Wood cutting fruit and vegetable

Target anak dapat menyamakan objek, untuk asah fine motor skill anak, ajar anak meminta objek dan mengenal warna/ objek.

 

3. Kitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak.

Target anak dapat meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya

4. Lacing bead

Target anak dapat belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek

 

5. Genius button art

Target untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna. Mengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran. Anak akan belajar berkongsi dan meminta.

Fine motor- anak menolak button tu keluar dari

Matching egg- kemahiran menyamakan benda

 

6. Mushroom Pegboard boleh membantu anak anda menjadi lebih Fokus, Bijak Dan Kreatif

1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal saiZ, bentuk dan warna.

2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 …(fine Motorskill) Serta melatih menggunakan 3jari ( pencil grip activity )

3. Kanak-kanak juga perlu Menggunakan kekuatan jari mereka untuk memasukkan mushroom nail yang Mempunyai pelbagai saiz Dengan Betul ke dalam lubang yang Terdapat pada pegboard . (Fokus)

– threading juga boleh menjadikan anak2 lebih fokus Dan melatih jadi jemari (motor Halus ) Dengan baik.

4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika membuat aktiviti…

5- Meningkatkan kreativiti kanak2.

6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan bermain bersama.

 

7. Pemilihan Buku

Perlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku. Buku tidak boleh melebihi 10 karektor. Pilihan buku cerita kena mudah dan simple. Background/ gambar dalam buku tidak serabut. Mulakan dengan perkenalkan anak dengan gambar baru kosa kerja.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila share pada lebih ramai ibu bapa di luar sana

Cikjai,

29/03/19

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart