Anak yang cerdik dan cerdas bermula dengan tidur yang lena

Tidur merupakan keperluan penting bagi perkembangan bayi dan kanak-kanak. Ia adalah keperluan fisiologi paling asas yang perlu dipenuhi. Jangan tak tahu, kita ibu bapa boleh bantu cerdaskan otak anak sejak dari bayi dengan hanya memastikan bayi mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.

.

Iaitu dengan cara pastikan anak dapat tidur yang cukup

.

Tidur yang berkualiti adalah apabila anak tidur lena dan nyenyak

.

Baru lah dapat deep sleep. Ia nya amat penting untuk perkembangan otak bayi

.

Kerana memori akan mudah terbentuk sewaktu dalam proses tidur

.

Pantang paling utama, Jangan bagi anak ketagih gadjet

.

5 sebab tidur sangat penting untuk si kecil

  1. Perkembangan otak pesat berlaku ketika anak tidur
  2. Recharge energy. Anak dapat merehatkan badan dan akan kembali segar dengan mood yang ceria bila cukup tidur.
  3. Kajian mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur lebih cenderung mengalami masalah mahir skil kognotif, akan menjadi hiperaktif, ADHD dan menjejaskan perkembangan neurologi.
  4. Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia menerokai ilmu baru!
  5. Emosi anak lebih stabil dan kurang tantrum. Penyebab anak kerap tantrum boleh berpunca dari masalah tidak cukup tidur.

.

Akibat kurang tidur kepada si manja

Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan tumbesaran anak-anak. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran, juga menganggu penghasilan hormon cortisol dan insulin.

Cortisol adalah hormon yang dikaitkan dengan tekanan manakala insulin berfungsi mengimbangi paras gula dalam badan. Kajian menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini boleh menyebabkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.

Masalah tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah tingkah laku dan akan menjejaskan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak tersebut.

Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas, kita boleh mengenali jika anak kita mempunyai masalah tidur atau tidak.

Baca juga

  1. Balm Tasneem keperluan penting ibu ayah masa kini
  2. Anak susah tidur sampai kena cari air penawar!
  3. Berapa jam si comel perlu tidur dalam sehari?
  4. Anak susah tidur? Mungkin hormon tidurnya tidak seimbang!
  5. Sleep Time Balm selesaikan masalah anak susah tidur
  6. 10 sebab kenapa anak susah tidur

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat