Cikjai Blog

Belajar tinggi tapi tak kerja..?

“Ada master, tapi tak kerja. Tak rugi ke?”

“Buat rugi duit mak bapak je hantar kamu belajar tinggi-tinggi. Alih-alih tak de pulangan!”

.
.
Siapa tak sentap kalau di lontarkan kata-kata macam ni. Boleh menusuk ke hati, jantung, limpa, hempedu. Mau murung bertahun agaknya. 

Siapa yang tak mahu punya kerjaya bagus? Pagi-pagi bersiap cantik, berbaju kemas, cantik. Melangkah keluar dengan yakin dan penuh karisma. Hujung bulan boleh klik2 shopping online memacam, boleh p bercuti ke mana je ikut suka. Makan sedap-sedap tanpa belek senarai harga dengan lama. 

Tapi, sememangnya jalan cerita setiap orang tak sama. Ujian ini bagai ditampar-tampar pipi sendiri. Ini titik mula yang benar-benar sedarkan diri tentang ‘pergantungan sepenuhnya pada Sang Pencipta’. It’s not ur job giving u rezeki. It’s not ur boss giving u rezeki. It’s not ur business guarantee u rich. 
.
.
Segala apa yg kita buat atas muka bumi hanya lah asbab sahaja. Wasilah sahaja untuk kita makin dekat dengan Pencipta. Jika hari ni kita berpangkat bagus, esok belum tentu lagi. Yang punya kerja tetap bukanlah 100% terjamin tak kan terjadi apa-apa. Yang maju bisnes, belum tentu maju selamanya. Allah nak bagi lingkup, bila-bila masa je. Hanya Allah je jaminan kita. 

Aku adalah aku, dan kamu adalah kamu. Setiap kita kemampuan berbeza. Usaha! Asal tak tertipu dengan habuan dunia.

Be proud of yourself ladies!

.

Henti mengadili takdir seseorang. Pandang pada usaha yang dia lakukan untuk merubah hidup dan keluarga. Henti kan berbalah siapa lebih bagus, siapa lebih mulia. Siapa comot berbau belacan, siapa wangi disirami wangian.

Bukan senang nak senang. Nak pandai, kena tahan peritnya belajar. Nak senang, mesti usaha bersungguh-sungguh, bermati-matian! 

.

Berjinak lah keluar dari kepompong. insyaAllah kita masih boleh dapat melihat dunia dengan lebih luas.

.

Salam sayang,

Cikjai

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart