Selalu tak perasan sayur yang dibeli untuk buat stok seminggu dalam peti ais kadang-kadang tak sampai satu minggu dah busuk dan berlendir. Tambah-tambah jenis sayur hijau berdaun. Sayur sekarang boleh tahan juga mahl nya, kalau dahulu biasa seikat RM1 tu dah boleh dapat banyak. Sekarang satu ikat sayur dah RM2.huhu
Jadi, kita para isteri ni kena bijak dan rajin amalkan tips-tips yang boleh menjimatkan.hehe. Dan ini adalah perkongsian asal daripada kakak sulung cikjai. Eksperimen beliau yang berjaya mengekalkan kesegaran sayur-sayuran sepanjang dia balik kg cuti raya Cina seminggu lalu.
Cikjai share sini untuk kita praktis kan bersama. Idakle kejap-kejap sayur dah busuk. Sayang duit oii.
1. Kaedah wrap dengan aluminium foil
Ini contoh kaedah wrap menggunakan aluminium foil. Sesuai untuk segala jenis limau dan kekacang.
2. Menggunakan Tisu
Untuk tomato, lapikkan tisu di bawah tomato. Susun kepalanya hadap ke atas. Bekas diabiarkan terbuka. Tak perlu ditutup.
Manakala untuk semua jenis sayur di bawah seperti kacang bendi, daun kunyit, sawi, kobis, salad dan seumpamanya, rendam dahulu sekejap dengan air garam. Toskan bagi kering. Lapikkan tisu di bahagian bawah dan atas, sayur disimpan dalam bekas dan ditutup.
Untuk cili api nak elak busuk lapikkan kan tisu di bawah. Buang tangkai. Simpan cili bersama bawang putih yang dah dikupas 10 biji. Kemudian lapik tisu di atas nya.
3. Kaedah Rendaman
Kunyit, halia, lengkuas, serai, lobak, belimbing buluh guna keadah simpan dalam botol kaca dan rendam dalam air hingga penuh. Simpan dalam peti ais. Ia akan segar dan tak busuk langsung.
Daun bawang dan daun sup simpan dalam botol mineral. Tak busuk dan tahan lama. Taruh air sikit kat bawah akar tu. Bukan direndam semua tau.
Untuk bawang putih yang dah siap kopek jangan bagi busuk dan hancur, cara nya cuci bersih, rendam dalam minyak masak dan simpan dalam peti. Minyak masak yang digunakan sebenarnya boleh digunakan semula untuk menggoreng.
Tauhu pula rendam dengan air panas. 3 minggu boleh tahan lagi. Tak de masam dan lembik.
Wah! Untung sangat ni. Sayur boleh tahan segar sampai dua tiga minggu!
Sekian untuk perkongsian tip cara-cara simpan sayur deggan hanya 3 CARA MUDAH & EFFEKTIF untuk elak pembaziran. Jika kalian ada tips kaedah yang lain, boleh share di ruangan komen ye.

Sila kan share berjemaah dengan semua mak jemah.hehe
Cikjai,