PESIMIS
.
.
Saya pernah melalui fasa ini lepas dua tiga bulan berhenti kerja. Di saat mula rasa serba serbi kekurangan.
Orang up gambar-gambar holiday dengan family, saya rasa sedih.
Orang share makan-makan sedap di restoren hipster. Saya hanya mampu telan liur.
Orang share pasal kejayaan, career, saya sedikit terasa.
.
.
Orang pesimis akan melihat semua benda dengan pandangan negatif. Sikit2 nak sentap. Sampai jadi berdosa pula orang nak kongsi kejayaan atau apa-apa berita gembira sebab nak jaga hati si pesimis.
Betul. Pesimis tak bagus. Tapi, kita hanya manusia. Dah memang Allah cipta punya pelbagai rasa. Bila tak ada. Kita sedih. Bila ada, kita sedikit yakin dan hidup lebih gembira.
Yg salah nya tu kita. Bila kita biar diri diselubungi rasa pesimis terlalu lama hingga kita tak nampak banyak menda sebenarnye kita ada. Allah bg sama adil je. Kurang tang sini, lebih sikit tang sinun. Semua nya pinjaman je pun.
.
.
================
Bagaimana nak ubati hati yg pesimis? Supaya kita jadi orang yang optimis?
1. Sentiasa baik sangka dengan Tuhan. Tuhan tak pilih kasih. PemberianNya melimpah ruah. Terpulang pada kesanggupan kita je untuk terima. Nak berjaya mesti sanggup berusaha sungguh-sungguh. Nak pandai mesti sanggup menahan keperitan belajar. Kalau kita tidak sanggup, jgn cakap Tuhan tidak sayangkan kita.
2. Ingatkan diri kenapa kita diciptakan. Kita tidak dicipta utk hidup senang lenang di dunia. Dunia ini cuma persinggahan sementara saja. Buat apa kita nak sedih atas perkara yg tak kekal pun?
3. Besarkan hati. Jgn mudah terasa dgn perkara2 kecil. Ambil tahu tentang perkara besar2 di dunia ini. Sentiasa lihat orang yang lebih susah dari kita. Didik diri utk bersyukur walau dengan sekecil-kecil perkara.
4. Didik hati utk meraikan orang lain. Merasa gembira dgn kegembiraan orang lain. Bila tengok orang lain gembira, sentiasa doa nak jadi gembira macam dia. Tiap kali tengok orang bercuti ke tempat best. DOA. Allah akan sampaikan aku ke sini juga.
5. Cari circle yang boleh buat kita motivated. Walau kita hanya suri rumah biasa, banyak channel, banyak group2 support ibu2 di wasap, di FB utk kita bergaul. Usrah online pun ada.
.
.
Sedih sekejap itu tak salah. Ambil lah masa untuk bersedih. Jangan terlalu lama hingga jadi sebati dengan jiwa. Bila dah parah, boleh merebak jadi hasad dan sebagai nya.
Tak rugi jadi optimis. Hati lebih tenang. Jiwa lebih besar. Pergantungan dengan Tuhan juga makin kuat.

Cari circle yang boleh buat kita motivated . Dalam masa yang sama boleh sama menjana pendapatan dari rumah. Rezeki Allah Maha Luas