Ini rahsia saya kuning baby cepat turun. Tak perlu buat petua merapu.

Alhamdulillah, hari ni baby Maryam Nuha dah 12 hari. Semalam hari ke 11, hari terakhir baby kena cek kuning dan syukur sangat doktor dah discaj. So tak perlu lagi datang klinik repeat ambil darah untuk cek kuning.

Discaj di hari ke 11 dengan bacaan 6.2

.

Ramai juga yang bertanya macam mana kuning baby boleh turun cepat? Masa anak kedua dulu, kakak nya demam kuning lama. Sampai kena masuk wad duduk bawah lampu. Tapi macam tak berapa dapat je kesan lampu tu. Sebab bila letak je dia mesti nangis.

.

Nyaris-nyaris je dah cikjai nak try serbuk mutiara cina yang kata nya bagus boleh bagi kuning baby turun cepat tu. Tapi sebelum tu, mujur google dulu. Jumpa la beberapa blog dan artikel doktor cerita pasal kesan lepas mandikan baby dengan serbuk tu. Banyak kes bacaan jadi lagi terlampau tinggi hingga jadi kerosakan pada hati baby. Nauzubillah.

.

.

Jika bertanyakan tentang petua, macam-macam lah akan keluar. Kalau setakat mandikan baby dengan air kucai, air rendaman beras, yang ibu ayah boleh fikir tidak membahayakan bayi, tak pe lah nak try. Tapi kalau ada yang bagi cadangan suap baby dengan macam-macam makanan atau minuman. Please jangan ikut!

.

Tahu kan baby bawah 6 bulan ususnya belum matang dan hanya boleh terima susu sahaja. Sama ada susu badan atau susu formula sahaja. Air masak pun tak boleh. Apa tah lagi air-air lain walau hujung sudu sekalipun. Ada pula yang boleh bagi idea bancuh serbuk mutiara tu, dan bagi bayi minum. MasyaAllah. Jika nak ikhtiar dengan apa-apa jenis makanan, ibu yang perlu makan, bukan diberi secara direct pada bayi. Contoh petua makan anggur hitam, si ibu yang perlu makan bukan si anak yang baru lahir itu.

.

Cikjai rasa bersyukur sangat dengan ada nya produk Tasneem ni. Lagipun balm Tasneem hanya sapuan luar, ada notifikasi Kelulusan KKM. Untuk ikhtiar turunkan kuning baby Maryam kali ni, Cikjai just menyusu kerap dan sapukan Balm T-Rub tiap kali sebelum dan selepas menyusu, dan setiap kali lepas mandi.

.

Memang puas hati, sebab tiap kali mandi tu Maryam memang berak. Bila berak, lega sangat rasa. InsyaAllah kuning turun cek esok ni. Dan Alhamdulillah tiap kali cek amek darah, semakin turun dan turun. Doktor nak sampai bawah 7 baru boleh discaj. Dan bacaan terakhir bilirubin Maryam adalah 6.2. Alhamdulillah syukur.

.

Cara yang betul turunkan bacaan kuning

Sebenarnye kaedah untuk turunkan bacaan kuning pada baby dengan cepat cuma ada SATU je. Iaitu penyusuan ibu yang berterusan supaya bayi kerap membuang. Ini memang FAKTA. Pergi jumpa mana-mana doktor pun memang semua akan bagitau benda yang sama. 

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Bilirubin dalam darah baby ni akan diproses oleh hati dan dikeluarkan melalui najis kencing dan berak. Jadi, sebab tu baby perlu kerap menyusu dengan susu ibu supaya kerap kencing dan berak.

Ibu ayah boleh baca di sini untuk fahami dengan lebih jelas tentang jaundis pada bayi baru lahir. 

Jadi kita suka ke tak suka ke, kena jugak bagi susu badan yang berterusan setiap 2 jam pada baby even waktu tengah tidur malam pun.

.

Ok. Macam mana kalau saya dah kerap susukan baby tapi baby jarang berak? Haa ni lah masalahnya. Untuk susukan baby 2 jam sekali, mungkin tiada masalah. Itu pun boleh juga jadi masalah sebab bayi kuning biasanya asyik tido sahaja. 

Kebanyakan masalah para ibu terutama yang menyusu badan ialah baby jarang berak. Dalam 3 4 hari baru berak, kalau berak hari-hari pun najis nya sedikit. Jadi, macam mana nak bagi baby kerap berak? Haa ni lah rahsia saya. Saya duk sapu je balm kuning ni tiap kali lepas mandi dan sebelum dan selepas menyusu. Alhamdulillah berbaloi resultnya!

.

T-Rub Balm bantu bayi lawas

.

T-Rub Balm ni memang fungsi utama untuk membantu proses pencernaan dan penghadaman selain menyelesaikan masalah kembung perut anak. So mommies kalau pakai balm T-Rub ni, tak perlu dah pakai minyak telon lain untuk perut baby. Sebab dia dah cover semua.

.

Bagaimana T-Rub Balm berfungsi?

Dalam balm T Rrub , ada minyak pati halia. EO ginger ini merangsang pengeluaran jus gastrik & air liur yang boleh membantu dalam penghadaman.

Balm ni ada rasa sedikit berangin kerana kandungan wild mint yang digunakan, tapi tak panas. Memang ia nya sesuai untuk bayi baru lahir seawal satu hari. Di mana ianya membantu mengendurkan otot usus. Juga bertindak untuk membuang angin dalam perut dan membantu masalah ketidakhadaman. Ibu-ibu yang anak nya G6PD tak perlu risau untuk guna, sebab tiada peppermint digunakan dalam resipi.

Minyak pati serai pula berupaya meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Ia juga membantu mengurangkan masalah usus & pencernaan. Di samping mencegah pembentukan gas yang berlebihan di dalam usus.

Sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit- birit dan sembelit. Tu sebab jangan terkejut, lepas sapu baby prrrrotttt proooot kentut! Baby Cikjai alhamdulillah tak pernah langsung kembong asbab pakai T-Rub ni.

.

Macam mana pula kalau bayi saya menyusu elok, membuang pun ok tapi kuning nya tetap lambat turun?  

.

Semakin ramai customer yang Cikjai consult atas masalah bayi kuning ni, banyak pula jumpa kes baby yang kerap membuang tapi kuning lambat juga turun. Biasanya ibu yang berdarah O yang biasa alami cam gini.

Rupanya kan, ada Essential Oil yang boleh bantu atasi masalah jaundice iaitu EO Geranium. EO jenis ini terdapat dalam Balm Calm Time. Ia dapat membantu mempertingkatkan fungsi hati supaya berfungsi lebih baik untuk singkirkan biliribun yang berlebihan.

.

Jadi, untuk bayi masalah kuning, Cikjai sangat sarankan supaya pakai kedua-dua jenis balm ini iaitu Balm T-Rub & Balm Calm Time. Balm T-Rub untuk bayi kerap membuang, Calm Time untuk mempertingkatkan fugsi hati nya.

.

Cara penggunaan

.

Cara pakai trub & calm waktu anak jaundice

Sapukan Trub pada perut menggunakan urutan I Love You, betis dan tapak kaki setiap 2 jam sekali, iaitu sebelum & selepas menyusu. Dan setiap kali selepas mandi.

Sapukan setiap 2 jam sekali dan setiap kali lepas mandi

.

Menggunakan kaedah urutan I Love You pada perut bayi

Ini bertujuan untuk merangsang pembuangan najis yang kerap oleh bayi. Supaya bilirubin yang berlebihan dapat disingkirkan dan bacaan kuning InsyaAllah turun dengan cepat

.

Calm Time Balm pula dalam masa waktu hendak fokus turunkan kuning, sapukan kerap pada kawasan hati. Iaitu kawasa atas sedikit dari perut. Dalam calm time ni, ada EO geranium yang terbuktik berkesan bantu turunkan jaundice baby. Selepas kuning tiada, teruskan sahaja menggunakan Calm Time pada bayi dengan cara penggunaan seperti dalam gambar di bawah. InsyaAllah bayi mudah tidur dan tidak meragam.

.

Dalam masa bayi kuning, sapukan Calm Time ni 2 jam sekali pada kawasan hati

.

Apa kata mereka?

.

.

.

Puan Zawani menggunakan 2 balm ini. Bayi discharge dari ward dalam satu malam. Bacaan TSB turun dari 254 kepada 228.9. Alhamdulillah doktor beri kebenaran pulang ke rumah

.

Hampir kena menjalani Blood Transfusion jika kuning bayi masih belum turun.

.

Puan Mahnom dari USJ gembira kerana kuning cucu nya turun dengan cepat

.

Puan Asyikin Razlan sentiasa repeat beli setiap bulan untuk anak nya=)

.

Alhamdulillah turun dari 266 kepada 167. MasyaAllah Alhamdulillah

.

Waktu keluar ward 12, lepas pakai 2 balm 8.2

.

Opah belikan ikhtiar untuk cuuc nya. Dan beliau gembira Alhamdulillah
.

.

Jadi ibu ayah yang dah buntu try macam-macam cara untuk turunkan kuning baby, jangan terburu-buru ikut petua yang belum tentu selamat untuk bayi kita.

Cubalah ikhtiar dengan Balm Tasneem ini dahulu. Tak rugi mencuba. Alhamdulillah Allah izinkan, kami dah bantu ratusan ibu di luar sana.

Ia hanya sapuan luaran dengan khasiat Essential Oil InsyaAllah dapat membantu bayi anda.

Juga yang bakal menimang cahaya mata, seeloknya standby sesiap balm ni untuk bayi yang bakal lahir. Jangan bila kuning anak dah lama baru nak mencuba =)

Klik gambar untuk dapatkan nya sekarang

.

Ibu-ibu boleh minum Susu Kambing Aufa juga untuk memperbanyakkan susu badan

Semuanya dengan izin Allah, asalkan kita dah ikhtiar dan usaha dengan cara yang selamat dan berkesan untuk bayi InsyaAllah.

Hubungi Cikjai di 017-2562030 (klik nombor telefon untuk wasap) atau terus klik sini untuk dapatkan dengan pantas di shopee.

Jangan lepaskan peluang dapatkan diskaun 5% untuk pelbagai Set Kombo Newborn keperluan baby comel anda sekarang!

Klik gambar untuk claim diskaun

Baca juga

  1. Balm Tasneem keperluan penting ibu ayah masa kini
  2. Anak susah tidur sampai kena cari air penawar!
  3. Review Set Tasneem pada newborn baby
  4. Demam kuning pada bayi baru lahir
  5. Baby Spa Set
  6. Cara pilih sabun bayi
  7. Kekurangan G6PD. Apa ibu ayah perlu tahu
Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat