Tahu tak bayi bukan setakat perlu dibelai, dimanja. Tetapi juga perlu diurut-urut mesra. Sebaiknya tunggu hingga tali pusat tertanggal jika mahu memberi urutan kepada bayi untuk elakkan sebarang jangkitan. Teknik urutan dapat menenangkan bayi kerana ia akan merangsang penghasilan hormon oksitosin atau lebih dikenali hormon cinta. Itu sebab dengan teknik urutan, bayi dapat menjadi tenang.
Kajian menunjukkan bahawa urutan mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.
Bayi juga akan membesar dengan kasih sayang dan paling penting dapat mengelak daripada perut masuk angin, kembung dan sembelit.
Ini antara kebaikan lain apabila kita rajin mengurut bayi:
✔️ Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon menenangkan seseorang)
✔️ Buat Bayi rasa tenang
✔️ Membantu bayi tidur dengan nyenyak
✔️ Meningkatkan ikatan kasih sayang antara ibu bapa dan bayi
✔️ Baby rasa disayangi
✔️ Menghasilkan rangsangan sentuhan
✔️ Meningkatkan sistem imunisasi bayi
✔️ Menyihatkan kulit bayi
✔️ Melancarkan sistem pengaliran darah
✔️ Membantu sistem penghadaman
✔️ Membantu dalam pernafasan
✔️ Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
✔️ Menenangkan ibu bapa
✔️ Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
Jadi, ibu ayah lepas ni rajin-rajin tau massage baby!
1 thought on “Kebaikan Mengurut Bayi”