Apa itu G6PD?
G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) adalah sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Ia berfungsi untuk melindungi sel darah merah dari dimusnahkan lebih awal. Penghidap G6PD Deficiency mengalami masalah kekurangan enzim ini yang mana apabila mereka terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan tertentu akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah.
Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan mengakibatkan tejadinya anemia hemolytik. Anemia hemolitik ini adalah kondisi di mana hancurnya sel darah merah (eritrosit) lebih cepat dibandingkan pembentukannya.
Jadi, apa perlu ibu bapa lakukan bila anak disahkan penghidap G6PD deficiency?
Kebiasaanya, selepas kelahiran bayi memang akan terus dibuat ujian darah untuk pastikan baby darah jenis apa dan kekurangan G6PD atau tidak. Jika bayi dishakan penghidap G6PD, bayi akan ditahan di wad untuk pemerhatian. Ini kerana bayi G6PD boleh mendapat kuning yang teruk hingga boleh menyebabkan kecacatan otak, pendengaran dan kematian.
Jadi, buat ibu ayah yang bayinya disahkan anak kekurangan G6PD, anda perlu:
1. Jangan panik dan takut
Harus diingat, kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
2. Ibu ayah perlu cakna akan bahan-bahan/ ubat-ubatan yang perlu dielakkan oleh anak yang menghidap G6PD serta kesan nya
Bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah mesti di elakkan. Ini antara nya:
- Kacang parang/ Pava Beans / Kacang itik
- Ubatan farmasi. Ubat selesema dan batuk perlu dapat rujukan daripada doktor terlebih dahulu.
- Senarai antibiotiks. Setiap kali ambil ubat, perlu beritahu doktor yang anak ada G6PD.
-
Drug Type Names of Drugs Analgesics Aspirin, Phenacetin Antimalarials Primaquine, Chloroquine, Quinine, Pyrimethamine, Pamaquin Antibacterials Sulphonamides, Dapsone, Quinolones, Nitrofurantoin, Chloramphenicol Miscellaneous Dimercaprol, vitamin K, Probenecid, Quinidine - Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan herba.
- Penyembur serangga
- Lungkaran nyamuk
- Ubat gegat
- Ujala (nila)
- Ubat antimalaria
- Makanan yang ada pewarna tiruan Methylene & Toluidine Blue & Sulfida
- Kacang soya
- Asid arkobik tiruan dalam vitamin C
- Bau cat
Sumber: Majalah Pa&Ma June 2018
Oleh itu, sila beritahu doktor bahawa anak anda penghidap G6PD deficiency setiap kali mendapatkan rawatan.
Tanda-tanda Komplikasi apabila terdedah atau termakan bahan tersebut:
- Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta merta.
- Air kencing berdarah atau bewarna teh pekat
- Anak jadi tidak bermaya
- Demam
- Sesak nafas
- Pengsan
Sila terus bawa ke klinik untuk dapatkan rawat jika ini berlaku!
3. Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan harus menjaga pemakanan dan elak kan bahan-bahan di atas.
Q & A
1. Boleh kah seseorang yang kekurangan G6PD hidup secara normal?
Mereka boleh hidup normal tetapi perlu mengelak dan bahan-bahan tertentu seperti dia atas.
2. Sampai bila?
Kekurangan G6PD adalag sepanjang hayat
3. Adakah ia nya berjangkit?
Tidak. Ia diwarisi secara genetik
4. Bayi lelaki ke Perempuan lagi ramai kena?
Biasanya melibatkan bayi laki-laki
Jom kongsi artikel ini!