MAHAR CINTA AMINAH

Apabila Puan Founder share rahsia kejayaan terbesar Master Leader kami Aminah Hussain sepanjang 2018, saya sampai menitik air mata dengar sharing beliau. Sepanjang 2018, beliau dah berjaya cecah target Sale RM * juta, dah berjaya ada simpanan yang dia suami isteri aim RM ***000 ribu.

Tetapi itu padazahir nya sahaja. Yang keluar masuk dalam akaun, yang tercatit dalam penyata bank. Hakikatnya ada kejayaan yang lebih sangat besar dari itu.

Ada dua kejayaan yang sangat besar yang tak boleh diukur dengan mata manusia which are mereka suami isteri berjaya menjaga ketiga-tiga anak dengan tangan sendiri tanpa pengasuh. Dan yang kedua sudah lapan tahun mereka berjaya berkhidmat menjaga ibu bapa mertua di kampung.

Dan itu, itu adalah mahar yang di letakkan oleh suami beliau sebelum mereka rancang untuk ijab qabul. Sebelum berkahwin, suami Kak Min letakkan syarat, mesti sanggup jaga mak ayah dia seperti mak ayah dia jaga tok dia dulu yang buta. Dan satu lagi syarat, dia nak kak min jaga sendiri anak di rumah dari lahir.

Master Aminah bersama suami dan 3 anak semasa Reward Trip ke Kundasang-KK tajaan Tanseem Naturel. Pernah menerima reward pakej umrah satu keluarga juga tahun sebelum nya.

Kalau setuju baru boleh teruskan. Jadi mereka pun berkahwin, dan tinggal di sebuah kampung nun di Indera Kayangan. Mereka berdua adalah degree holder dalam bidang engineering. Habis study, walau dapat offer baik, tapi mereka tolak. Sebab memang dah decide untuk tinggal di kampung menjaga mak ayah.

Dua tahun awal perkahwinan, suaminya menoreh getah di kampung. Hasil toreh getah, sebulan boleh dapat RM2000-3000 sebulan, sekadar cukup makan keperluan mereka. 2014, Kak Min mula merangkak belajar bisnes online, bermula dengan Shaklee dan akhirnya mereka buat bisnes Edu toys.

Bisnes edu toys mereka jalan laju. Dan saya bermula sebagai online seller adalah ketika menjadi dropshipper edu toys beliau. Nov 2016, Kak Min mejadi agen pertama dalam Tasneem Naturel. Itu sebab gelaran Master Tertua tetap beliau sandang sampai sekarang.

Kini legacy K.min di bawah Team IDK sudah mencapai ribuan agen

Dengan Tasneem, rezeki mereka lebih mencurah-curah. Satu nya saya pasti atas asbab doa mak ayah mereka, serta doa agen-agen yang sayangkan beliau.

Dari cerita ni baru saya faham kenapa mereka boleh sampai ke tahap ini sekarang. Unik nya cerita mereka beda dengan orang lain. Kalau orang lain sibuk mengejar kerjaya, mereka memilih menggadaikan seluruh kehidupan mereka untuk mak ayah.

Benarlah, kejayaan bukan boleh di beli dengan wang ringgit. Tapi dengan berapa banyak air mata yang dah ditumpahkan. Sangat benar juga. Kejar akhirat, dunia sama kejar kita.

Orang nya kecil molek, tapi sungguh berjiwa besar

Semuanya bermula dari BIG WHY dan PUSH FACTOR yang kuat.

Usaha menjaga keramat hidup kita kawan-kawan, itu semua pintu rezeki yang kita selalu tak endah kan.

Cikjai,
Mata masuk habuk,
Hati ditusuk sembilu. Sobs

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat