Cikjai Blog

MINYAK PATI (Essential oil) VS UBAT

Minyak pati tu apa ye? Bahasa Inggeris nya Essential Oil. Essential oil tu minyak pati la Bahasa Melayu nye. Pati tumbuh-tumbuhan ini diambil daripada buah, batang, daun atau bunga nya. Melalui proses tertentu.

Amalan berubat dengan sumber alam ni dah diamalkan dari zaman nenek moyang kita lagi. Hatta dari zaman purba lagi. Jadi, pati minyak tumbuhan ini bukanlah sesuatu yg diada-adakan.

Anak demam, rendam daun bunga raya, aloe vera. Baby kuning, mandikan dengan daun kuchai. Nak naik seri wajah dan badan, mandi bunga kerana bunga ada frekuensi dan wangian itu aura.
.
.

Dan proses pembuatan minyak pati ini amat rumit dan kritikal. Boleh tengok video kat bawah ni:

Proses penyulingan untuk mendapatkan pati Minyak Tumbuhan

.

Jadi, jika anda ada persepsi bahawa

Mahalnya Balm Tasneem ini.? Berkerut dahi dan geleng kepala dan terus say NO, maka anda perlu faham bahawa untuk mendapatkan 5 ke 10 ml Minyak Pati tumbuhan ini bukanlah kerja mudah macam masuk dlm machine, tekan-tekan terus keluar minyak pati yang kita nak.

.

Untuk mendapatkan pati tumbuhan , ianya perlu ditanam, ada tumbuhan perlu dicari di dalam hutan tebal, di gunung ganang merata di dunia ini. Bila ditanam perlu ditunggu untuk dituai. Kemudian dimasak lama , lepas di masak akan keluar wap dan wap air itu dikumpulkan. Dan wap air itu dimasak sehingga naik pati minyaknya. Proses ini dinamakan Steam Distillation.

Tetapi…

Balm Tasneem masih berbaloi dan boleh kata sangat berbaloi! Kerana dalam satu jenis balm, terdapat 8 hingga 9 jenis Essential Oil!. Dalam balm CF-Rub, Calm dan Sleep ada 8 jenis pati minyak. Dalam T-Rub pulak ada 9 jenis pati minyak.

.

Lagipun Balm Tasneem lebih praktikal dan mudah untuk mak-mak. Sebab boleh terus calit pada anak tanpa perlu google resipi DIY essential oil untuk campur kan pati minyak jenis yg mana, nak kena blend, diffuse bagai. Jika anda memilih mengunakan pati minyak yang pure dalam bentuk minyak, langkah-langkah seperti blending dan diffuse itu perlu dibuat terlebih dahulu.

Sebab ada pati minyak yang tak sesuai dan tak boleh terus disapu direct ke kulit anak. Kerana pati minyak itu sangat pekat atau concentrated. Bila sapu direct ke kulit, mungkin boleh jadi iritasi.

Post ini bukanlah bermaksud kita menolak langsung penggunaan ubat-ubatan. Tetapi hanya sebagai alternative. Sangat lega sebab dah jumpa produk yg lebih naturel dari sumber alam. Dapat minimumkan kebergantungan anak pada ubat-ubatan.

Anda pula bagaimana? 😉

Gambar kredit to @Gritz Aromatherapy

.

Cikjai,

Semakin jatuh cinta dengan essential oil

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart