Perasan tak kalau tengok movie-movie omputih, biasa sangat kan ada scene parents dia bacakan buku pada anak-anak sampai anak tertidur? Bagus kan orang barat jadikan bedtime story sebagai habit?
Kenapa kena bacakan buku? Kenapa kena bercerita? dan kenapa sebelum tidur?
Sebab.. bercerita adalah salah satu cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej.
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini” [12:3]
Sebelum tidur, anak-anak dalam keadaan tenang, dalam proses dari beta, bersedia memasuki fasa alpha. Apabila mereka memasuki fasa alpha yakni tidur-tidur ayam, otak mereka tak lagi memproses tapi menerima info dari satu hala.
Waktu inilah biasanya cerita kita pun dah habis part drama, dan masuk ke part pesanan dan pengajaran. Insya-Allah di peringkat ni anak-anak kita menerima informasi dan pesanan dari kita tanpa bantahan. Masa ni juga disarankan kita buat 5-minute suggestion method.

Jadi, penting ke bacakan buku pada anak sebelum tidur?
Jawapan nya mesti lah penting. Ini salah satu cara paling mudah dan seronok nak pupuk anak-anak sukakan buku dan suka membaca. Kita boleh jadikan aktiviti ni sebagai rutin setiap malam sebelum tidur dari anak masih bayi lagi. Selain tu, ini 5 bonus yang kita dapat bila rajin bacakan buku untuk anak-anak.
1. BANTU KEMBANGKAN DAYA IMAGINASI
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.

2. KUATKAN BONDING IBUBAPA DAN ANAK
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.

3. KEBOLEHAN BERBAHASA AKAN LEBIH MANTAP
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
4. MERANGSANG OTAK ANAK
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.

5. PANDAI DALAM AKADEMIK
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Jom! Lepas ni kena rajin bacakan buku untuk anak. Jangan terus tidur je.hehe