Ogos 2018 yang lalu, kami seramai 10 family telah terpilih untuk menerima trip reward ke Sabah dari HQ Tasneem Natural. Hari pertama trip ini, kami terus ke Kundasang dan menginap di sana. Kami check in di Homestay Mesilau Cliffs.
Yang menarik sangat tentang rumah ini adalah kerana design nya. Design rumah ni cantik sangat. Ala-ala inggeris gitu. Homestay Mesialu Cliff ni ada dua buah rumah.
Sebuah rumah di bahagian atas bukit mempunyai dua tingkat dan ada 5 bilik. Sebuah rumah lagi setingkat ada 3 bilik. Rate satu bilik standard room bermula serendah RM 120 sahaja.


Bilik-bilik nya sangat selesa. Luas dan besar. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Tak perlu share dan lagi best setiap bilik ada balcony. WiFi ada, siaran njoi pun ada. Yang takde, kipas ngan aircond je.hehe.
Mak aih! Sejuk gila kat sini. Kalau malam, tambah pulak dengan hujan, memang nak tidur pun menggigi-gigil. Kalau ada air cond pun, memang confirm tak guna lah.hihi. Oh! Jangan risau. Water heater ada jugak tau.



View dari rumah ni memang sangat cantik. Nampak gunung ganang dan perumahan kampung ala ala kat New Zealand kat bawah.


Ini details homestay nya kalau kalian berminat nak menginap di sini bila ke kundasang nanti
Harga Bilik:
1 Chalet 3 bilik, 2 toilet RM400
Family room, 1 Queen bed, 1 single bed RM 250
Standard room, 1 queen/ 2 single bed RM 120
Waktu Check In: 2pm
Waktu Check out: 11 am
Untuk Booking, boleh terus Whatsapp ke +60173888664 (Hisham) & +60165868352 (Yusry)