Cikjai Blog

Review Trip ke Sabah bersama Arba Travel

Dah tiga kali pergi Sabah, ini TRIP PALING BEST kata Bonda Rina! 
.

Sebenarnya kami 10 orang Leader dalam Tasneem Naturel dapat reward trip ke Sabah ni, tapi sebab empat orang lagi tak dapat join, tinggal lah enam orang dan semua nak bawak family, jadi memang banyak budak kecik dalam trip ni.

Reward Tasneem untuk Top 10 Achiever 2018- Trip ke Sabah

.

Bonda Rina ni salah sorang dalam rombongan ni yang dah banyak kali pergi Sabah sendiri bukan ambil pakej, dan dia banyak kali cakap, trip ni memang yang paling best dia pernah pergi!

Dan disebabkan ramai jugak pm cikjai tanya pergi macam mana, berapa hari, ambil pakej apa semua, jadi cikjai share terus review pakej ni dengan semua ye.

Secara jujur nya, memang cikjai sendiri rasa sangat puas hati dan berbaloi sangat Tasneem ambil pakej dari ARBA Travel & Tours. Walau dalam kepala ni dah boleh congak mesti mahal bila ambil tour pakej macam ni, tapi sebab nak reward suami dan anak-anak, kita pejam mata je lah.hehe

Firstly, apa yang best sangat tentang trip ni ialah tentang driver nya. Alhamdulillah pihak Arba bagi kami tiga orang driver yang sangat friendly, sangat ramah, sangat ok!

Bila bawak anak-anak kecil ni, of course kita lagi risau. Tapi Alhamdulillah dengan tiga orang driver yang ok ni kami rasa secure dan selamat bila dibawa berjalan oleh orang yang boleh dipercayai.

Serius ramah, tak lokek langsung bercerita pasal Sabah. Yang lagi best sebab dorang ni tak berkira langsung. Takde pun asyik suruh cepat-cepat, muka muncung tension menunggu ke apa. Ko amek la gambar puas-puas. Depa memang layankan aje. Siap tolong snapkan gambar kami cantik-cantik lagi pakai kamera depa.

Bergambar bersama En. Amming, driver merangkap tourist guide van kami

.

Kalau part budak, memang puas hati la. Memang depa mesra budak. Depa tak berkira tau tolong jaga budak sama-sama. Contoh hari tu pergi pulau, si adik tido dari dalam bot, depa la dukung jalan dari jeti bot sampai ke tempat picnic tu.

Nak makan pun senang, anak meragam depa boleh tolong layan.hee

.

Kalau budak dah letih berjalan pun, depa amek tolong dukung. Paling ok, bila kat pantai, memang dorang stanby jaga empat penjuru kawal budak-budak waktu mandi laut. Jadi kita pun kurang risau takut terlepas pandang.

Lagi satu, macam untuk makan BBQ buffet kat pulau tu, depa dah siap ambilkan makanan kami setiap sorang tau. Rasa macam dapat layanan first class sangat! Hehe.

Memang mudah lah, kita dengan anak kecik berderet ramai nak kena beratur bagai. Memang payah. P dengan depa, kami tak perlu pun beratur amek makanan, tak perlu beratur kat jeti biasa, sebab naik kat jeti private.

.

============================
Tentang Budget: 4 HARI 3 MALAM
============================

Tasneem ambil pakej empat hari tiga malam. Kalau congak, memang agak mahal bila kita ambil pakej macam ni sebab dia kira per head. Untuk suami dan anak dua anak, Cikjai spend RM 1,221 untuk tiga orang.

Kira nya kos untuk dewasa: RM 567 seorang
Kanak-kanak: RM 327 seorang lebih kurang

Jadi untuk seorang dewasa, sehari kos nya RM 142 macam tu.

Kos ni dah termasuk semua penginapan di Kundasang dan KK, semua entrance fee ke Rumah Terbalik, Desa Dairy Farm, Rabbit Farm, Poring, Pulau-pulau dan semua tempat yang kami kunjungi. 

Bila sembang-sembang dengan driver dan kawan-kawan yang dah biasa pergi sendiri, secara kasar kos nya:

Sewa van (sekali driver dan minyak) : RM 450 sehari
Kos sewa bilik di Kundasang: Boleh dapat serendah RM 80 satu malam untuk standard room
Hotel di KK: Rata-rata kata dalam RM200 satu malam.

Duit untuk masuk ke semua tempat-tempat perlancongan kena keluar lagi dan semua nya dikira per head. 

Jadi kalau kau orang nak plan bercuti ke Sabah, boleh tulis-tulis rangka budget tengok mana yang lebih berbaloi. Kalau sewa kerete atau van sahaja tanpa driver lagi murah. Dalam RM200 sebuah kereta sehari. Tapi belum termasuk kos minyak. Plus antara destinasi tu jauh-jauh jugak. So kalau tak kisah penat driving, boleh sewa kereta sendiri je.

Memang pergi sendiri lebih murah. Tapi kalau ambil pakej lagi mudah. So kat situ la pro & cons nya. Ambil pakej ni, kita tak payah dah susah-susah survey tempat menginap, nak cari kereta sewa kat mana, nak naik bot kat mana, minyak, cari kedai makan Islam yang sedap dan ok semua tu.

Penginapan depa cari pun ok. Di Kundasang kami check in kat Mesilau Cliffs, di KK dekat apartment Marina Cove (nanti next post review pasal ni). Yang best pasal Marina Cove sebab ada mesin basuh. Haha memang best!
.

=======
Itinerary
=======

Day 1:

  • Tiba di Kota Kinabalu International Airports (KKIA) jam 11 pagi
  • Rumah terbalik
  • Jambatan Gantung Tamparuli
  • Pekan Nabalu (View Gunung Kinabalu)
  • Tiba di Kundasang jam 5 petang
  • Checkin Mesilau Cliffs, Kundasang
  • Makan
Day 1

Day 2:

  • Desa Dairy Farm
  • Arnab Village
  • Fish Spa kg. Marakau
  • Poring Hot Spring (boleh mandi kolam & canopy walk way
  • Tiba di Kota Kinabalu dah malam
  • Makan
  • Check in Marina Cove homestay
Pastikan ambil gambar banyak-banyak di Desa Dairy Farm

.

Desa Dairy Farm, Kundasang. Turut dikenali New Zealand Malaysia. Tempat ternak lembu tenusu. Kami sampai jam 9. Angin amat lah kuat. Sejuk sungguh oii. Pokok sampai condong.

Kalau pi dairy farm ni wajib bul ghunnah merasa ais krim nye. Sedap ya amat! Susu nya sedap je. Tapi tekak kak min tak leh telan pulak. Dekat sini boleh merasa bagi lembu makan rumput. Lembu-lembu sini minum susu botol weyh.hehe

Sedap sangat ais krim ni!

.

Macam-macam aktiviti jugak di sini, boleh bagi lembu dan kambing minum susu dan makan rumput

.

Ranau Rabbit Farm.

.

.

Rupanya kalau bela arnab, nak bagi arnab hidup lama, jangan bagi arnab stress. Kalau tak, arnab jadi tak mau makan, akhirnya mati. Itu kata orang yang jaga tempat arnab ni la. Ini bukan tempat ternak arnab untuk disembelih jadi sate. Ia petting zoo sahaja.

Memang depa tak bagi arnab-arnab ni makan siang hari. Jadi bila orang datang, menderu-menderu arnab datang kerumun macam zombie.haha.
Cumanya arnab-arnab ni sangat lah gebu dan comel. Jinak pulak tu. Puas la budak-budak ni dapat pegang rabbit. Entrance fee RM3 sahaja. Kalau kat KL mesti dah soploh hinggit kan?

.

FISH SPA KG MARAKAU

.

Lepas dari Rabbit Farm, kami ke Fish Spa Kg Marakau. Terkejut tengok ikan-ikan Koi besar-besar amat, banyak pulak tu!

Haii ikan-ikan ni tak leh makan sendiri ke? Kenapa nak suap-suap? Selalu kita bagi makan ikan, kita baling je kan makanan ikan atau roti, tapi kat sini di ajar cara suap ikan makan macam dalam video pertama.

Tujuan nya nak bagi pengunjung biasa dengan ikan ni. No wonder la ikan-ikan ni jinak je. Nak angkat macam tu je pun boleh.

Dekat sungai ni memang depa lepas je ikan-ikan besar ni. Kat kolam lagi satu ikan-ikan kecik untuk spa kaki.

Pergi Kundasang jangan tak pergi Kg Marakau ni ye!

.

Day 3:

  • Pulau Sapi
  • Pulau Manukan
  • Malam makan di Tanjung Todak
Day 3- Island Hoping

Hari ketiga kami full dengan aktiviti pantai je. Rezeki kami dapat jejak juga kaki ke pulau. Sebab dua hari lepas ribut kuat, sesiapa pun tak dibenarkan masuk ke pulau kecuali pekerja sahaja.

Kata pemandu pelancong kami, itu sebab air agak keruh sebab ribut. Hijau macam ni pun depa kata dah keruh. Maksudnya air dia patut lebih jernih! SubhanAllah.

Kalau kat semenanjung nak kena p spesis pulau perhentian je lah kut kalau nak tengok air hijau gini. Kalau lumut tu, jangan harap lah!haha. Air laut pun dah nak hitam.huhu

Ada lima pulau kesemunya berdekatan Kota Kinabalu ni. Tapi pakej kami ambil dua pulau je. Pulau sapi & pulau Manukan. Kalau rate biasa sekali bot, makan & Entrance Fee semua tu, bajet dalam RM130 jugak sekepala.

Tapi sebab kami ambil pakej, semua tu memang dah termasuk. Lagi special kami naik bot di Jeti private, Jeti Marina star. Jadi tak perlu beratur panjang bersesak kat jeti biasa. 
.
Dari Jeti Marina ke Pulau Sapi 5minit je naik bot. Kemain laju orang tu bawak bot sekali dengan lap-lap. Tak payah naik banana bot.haha

Naik private bot di Private Jeti. Tak pelru beratur lama di jeti biasa

.

Di Pulau Sapi, kami ber snorkeling. Kat tepi-tepi pun dah nampak ikan. Budak-budak memang puas main air & pasir. Ada banyak lagi water sport boleh main. Tapi, harga pun boleh tahan huhu.

Pakej ni siap BBQ lunch buffet. Makan tengahari kat sini je. Baik nya tourist guide kami, dah siap ambilkan setiap sorang punya makanan. Tak perlu nak beratur panjang dengan anak-anak kecik ni. Ramai tau orang.

BBQ Buffet. Boleh je ngulang banyak kali

.

Keadaan makan di sana. Yang dah siap ambil pakej sekali makan, ada disediakan khemah dan meja

.

Jam 1 tengahari kami bertolak ke Pulau Manukan pula. Kat sini air nya lagiii jernih! Hijau sungguh! Boleh nampak ikan dari atas jeti. Tapi tak sesuai snorkeling sebab pantai nya berbatu, ikan-ikan tak main kat tepian. 
.
Pulau Manukan lebih besar dari Pulau Sapi dan ada kedai-kedai makan, ada juga chalet kat sini. Tapi tak tahu lah rate nye berapa. Kat Pulau Sapi tak de.

Pantai Pulau Manukan

So better bawak kudap-kudap siap beli dari luar. Sebab makanan dalam pulau memang mahal. Sebijik air kelapa pun RM15.huhu. Yang jenis mabuk lauk sila standby asam dan sebagai nya ye.hehe

.

Day 4:

  • Sunday Market KK
  • Jameelah jewellery
  • Pasar Filipin
  • Makan Lokan Bakar dan Kelapa di Kg Salut
  • Kilang Coklat
  • Pulang ke Penang
Day 4- Shopping Time!

.

Dua hari kat KK syok dapat makan sedap-sedap. Di kundasang makanan nya tiada rasa. Stok garam susah naik barangkali 😂 Petang sebelum kami bertolak ke airport tourist guide bawa kami perkena Lokan Bakar & Kelapa Bakar.

Ni la rupa lokan bakar

.

Mula-mula macam takut jugak nak cuba. Tapi barang rare memang wajib di cuba! Tak sia-sia dari KK datang ke Salut, yang amek masa setengah jam ke 45min dari KK untuk rasa menda alah ni.

Tempat ni nama nya Salut. Memang tempat paya bakau. Tu sebab banyak lokan. Kata nya tempat lain pun ada lokan. Tapi tempat lain dah bakar guna cara instant guna dapur gas dan sebagai nya. Jadi, kurang enak bah.

Cara bakar nya, dua kali. Bakar sekali untuk bagi lokan terbuka, lepas tu masuk dalam air untuk buka sebelah kerang. Kemudian bakar lagi sekali menggunakan rempah resipi tersendiri.

Ia dihidangkan dengan empat jenis sos. Cara makan kena makan dengan sudu supaya dapat kaut dengan rempah nya sekali. Perah limau kasturi, kemudian cicah dengan pencicah. Then ngap masuk mulut!

Rasa dia? Macam rasa lala, tapi puas. Sebab ia besar. Yang lagi sedap tu sebab rempah dia perap yang dia guna memang sedap! Memang tak de rasa hanyir nak kembang tekak. Serius memang sedap! Kalau tak, tak kan lah orang sebelah meja kami boleh bertambah-tambah tray lagi. Haha

Puas makan sebab sedap dan murah. 20 biji lokan RM12 size sederhana. Yang besar RM15. Air kelapa bakar RM 5 je, puding kelapa pun RM5 sahaja. Perghh rugi datang KK kalau tak merasa lokan bakar ni. Tapi tiada nasi ya di sini.

Wajib juga cuba puding kelapa atau kelapa bakar

.

Kami makan di Gerai Sri Cahaya 2, Salut Tuaran. 013-8747729. Boleh call dulu kalau nak tempah awal 😂 @ Lokan Panggang & Kelapa Bakar

.

Tips Ke Sabah

.

1. Pastikan bawa baju sejuk dan stokin sebab akan pakai bila tiba di Kundasang. Waktu malam sejuknya boleh cecah hingga ke 15 degree celcius!
.
2. Boleh bawa roti gardenia siap-siap, sebab kat sana susah nak jumpa roti gardenia. Beli siap-siap kudap-kudap, bila naik Kundasang dan pergi Pulau
.
3. Sebelum nak mandi pantai tu, better pakai sunblock banyak-banyak k.
.
4. Wajib makan lokan bakar, air kelapa dan puding kelapa. Memang seriously bergetar lidah dan tekak ni bila makan puding kelapa kat sama. Korang mesti cuba sendiri!
.
5. Bawa duit lebih sikit untuk shopping di pasar filipin (10am – 5pm) dan pasar malam filipin (7pm – 11pm). Bukan apa, barang kat sana semua murah-murah! Kalau pandai tawar, lagi boleh dapat murah. Psst.. nak lagi murah cari kat pasar malam filipin yer.
.
6. Pastikan ambil gambar banyak-banyak di Desa Dairy Farm. Baru tahu, inilah yang orang kata New Zealand Malaysia! Cantik tu tak boleh nak gambarkan! Serius! Wajib juga try ais krim, susu dia dan pizza nya. Sedaaap!

7. Tak perlu bawak baju banyak sangat. Cari self service laundry kat KK je. Simpan kilo untuk barang shopping nanti.hehe
.

Trip ni sesuai pergi bersama dengan keluarga tersayang dan juga kawan-kawan. Boleh la plan dari sekarang untuk ke Sabah.
.

Ni details untuk pakej best ke Sabah :
Boleh hubungi Dira
Whatsapp : +60 16-261 8026 
Website: https://arbatravel.com/fbad_sabah2
.

Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang. Ajak pergi Sabah. Serius Sabah best sangaat-sangaat!
.

Review Ikhlas,
Cikjai

#tasneemtripreward
#tasneemgosabah

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart