aboutme

About Cikjai.com

Selamat datang ke personal blog Cikjai.com.

Cikjai.com  berkongsi  tentang pengalaman seorang ibu yang juga seorang mompreneur setelah melangkah ke gerbang perkahwinan. Inginkan yang terbaik untuk anak, mula membuat aktiviti homeschooling dirumah, jadi mula mencari bahan yang sesuai untuk anak. Secara tidak lansung, bermulalah journey dropship educational toys dan buku, kemudian terjebak pula dengan balm berasaskan essential oils, iaitu Tasneem Naturel.

Bermula sebagai pengguna balm Tasneem Naturel untuk masalah sembelit anak dan sebagai ikhtiar memudahkan urusan menjaga dua orang yang masih kecil, tak sangka balm Tasneem Naturel sangat-sangat membantu membetulkan semula pola tidur anak-anak dan buatkan mereka dalam mood yang stabil hingga mampu buatkan mak nya tidak bertukar hijau.hehe

Setelah merasai sendiri keserasian dari balm ini dengan izin Allah, terus mengambil keputusan untuk berkongsi kebaikan dari balm Tasneem Naturel. Dari detik inilah, ibu ini mula berbusiness dengan serius, pelbagai ilmu diajari dan dipelajari untuk sampai ke tahap ini.

Pelbagai suka dan duka juga diharungi, pernah untuk hentikan apa yang dimulai, tapi bila mengenangkan anak dan suami digagahkan jua. Alhamdullilah, Allah permudahkan perjalanan mompreneur ini disamping mendidik anak-anak. Tidak terhenti disitu, ibu ini mula berusaha untuk bantu ibu-ibu diluar sana yang mempunyai big why yang besar dalam memperkasakan ekonomi keluarga.

Maka, wujud pula team Cikjai Empire yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang bersungguh-sungguh mahukan yang terbaik untuk keluarga dan masyrakat.

Alhamdullilah.

Mana yang bermanfaat ambillah. Cikjai.com mengalu-alukan komen dan perkongsian daripada para ibu.

Cikjai,

0
Your Cart
Open chat