Nama diberi Nabihah binti Md Nawawi. Nama panggilan Biha atau di media social biasanya guna panggilan Kak Ha. Berumur 33 tahun. Berasal dari Baling, Kedah. Sekarang menetap dan salah seorang agen Tasneem di Sungai Petani. Seorang surirumah sepenuh masa. Sudah berkahwin dan belum mempunyai anak. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Biology dari UITM Shah Alam.
.

.
Belum memiliki cahaya mata, bukan penghalang berjaya dalam bisnes rangkaian produk bayi dan kanak-kanak
Pertemuan Kak Ha bersama Tasneem ni mungkin tak sama seperti agen-agen Tasneem yang lain. Kebanyakan mereka bermula dengan menggunakan produk Tasneem pada anak sendiri dulu. Bila terbukti berkesan, terus semangat nak sebarkan manfaat Tasneem pada ibu-ibu lain.
Tapi untuk Kak Ha yang belum ada rezeki anak ni, Kak Ha mula kenal Tasneem Ogos 2019 masa tu terpandang kat satu group Telegram ni offer jadi agen Tasneem hanya RM30 sahaja. Harga biasa sepatutnya RM99. Sebelum ni memang Kak Ha suka sangat dengan packaging dan cara presentation produk Tasneem. Warna yang soft, sesuai sangat dengan baby gitu.

.
Selepas mendaftar sebagai agen, leader Kak Ha terus masukkan Kak Ha dalam group agen-agen dibawah Leader kak Solihah Zainal. Actually, leader yang daftarkan Kak Ha tu tak banyak guide Kak Ha sangat awal tu. Maybe sebab niat Kak Ha daftar awal-awal tu sebab nak dapat harga murah je kot nanti. Hahaha. Lepas daftar, Kak Ha tak pernah beli apa-apa pun produk Tasneem. Kak Ha just baca perkongsian Kak Sol dalam group agen-agen. Masa tu Kak Ha menetap di Pasir Gudang, Johor ikut suami.
.
Pengalaman Menggunakan Tasneem pada anak saudara
Pertengahan Oktober 2019, adik Kak Ha, Cik B bersalin kat Baling. Kak Ha minta izin suami untuk balik jaga adik Kak Ha kat kampung dengan mak. Masa adik Kak Ha berpantang tu, anaknya Nabil susah tidur dan agak meragam waktu malam. Kadang tu pukul 4 ke 5 pagi baru nak tidur.
Cik B, Kak Ha dan kakak sulung Kak Ha bergilir berjaga malam mulai minggu ke-2 Cik B berpantang selepas suami Cik B dah balik Langkawi untuk urusan kerja. Nabil pula minum susu formula. Setiap 2 jam sekali bergilir kami bertiga bangun bancuh susu untuk Nabil. Penat tak tidur malam tu jangan cakap la kan!

.
Selepas beberapa hari Nabil masih tak teratur waktu tidurnya, Kak Ha baru teringat pasal balm Tasneem untuk masalah anak susah tidur ni. Terus Kak Ha wasap Kak Solihah nak beli balm untuk Nabil. Kak Ha beli balm Sleep Time, Calm Time dengan Cf Rub. Alhamdulillah, balm Tasneem serasi dengan Nabil. Nabil dah mula tidur awal dan dalam jangka masa yang lama dari sebelum ni.
.
Bermula dari situ yang Kak Ha rasa balm Tasneem ni memang betul-betul magic! Kak Ha mula membuat sesi carian pasal Tasneem di google, tengok produk-produk yang ada masa tu. Cik B pun banyak bagi feedback positif yang Nabil pernah selsema di Langkawi. Lepas sapu CF Rub, cepat je kering hingus Nabil. Memang sampai sekarang umur Nabil hampir 2 tahun masih setia menggunakan Tasneem. Sekarang ni Cik B pun mendaftar sebagai agen Tasneem di Langkawi.
.

.
Penghujung bulan Januari 2020 Kak Ha baru semangat nak mula menjual di social media lepas Kak Solihah advice untuk Kak Ha pegang stock sikit. Katanya lebih mudah dapat customer sebab kebanyakannya memang ramai yang nak cod. Kak Ha yakin dengan produk Tasneem ni. Kak Solihah pun banyak bantu guide Kak Ha. Kak Ha start buat fb page dan Google Business.
.
Setiap hari konsisten posting dan share ke group-group komuniti area Pasir Gudang, Johor Bahru dan kawasan sekitar. Seminggu Kak Ha posting, baru dapat first customer tau! Awal tu nak give up jugak kenapa orang lain senang je dapat customer, Ka Ha ni tak dapat-dapat pun! Dalam nak give up tu, Allah rezekikan sorang customer ni contact Kak Ha nak set kuning.
.
Dua hari lepas tu customer bagi feedback yang kuning baby dah turun banyak. Baby pun kerap membuang. Masa dapat feedback tu, Allah je yang tahu Kak Ha punya feel dapat bantu anak customer ni…Fuhhh…Seronok yang amat! Terus janji dengan diri Kak Ha kena bantu lebih ramai ibu-ibu lagi dengan Tasneem.
.
Perbezaan berbisnes bersama Tasneem dengan pengalaman bisnes sebelum ini
Sebelum ni Kak Ha pernah bisnes jual cadar, pad kain, barang kraf, sosej, kuih raya macam-macam la jugak. Tapi feel tu tak sama macam Kak Ha join Tasneem ni. Dengan circle Tasneem yang best sangat, leader yang superb, teammate yang supportive, Hq yang sangat nak bantu agen-agen jana pendapatan dengan Tasneem, Kak Ha akan terus istiqamah bersama Tasneem hingga ke akhirnya. InsyaaAllah.
.
Perubahan pada diri sendiri sebelum dan selepas menyertai Tasneem Naturel
Nak throwback Kak Ha yang dulu dengan Kak Ha yang sekarang, hanya yang betul-betul kenal Kak Ha tau la kot. Bagi Kak Ha sendiri, banyak perubahan pada diri Kak Ha sejak akhir-akhir ni. Kak Ha ni bukanlah dari kalangan budak-budak pandai pun. Sekolah biashe-biashe ja. Masa sekolah, kat Uni dulu pun banyak main ja sebenarnya. Sekarang baru nak menyesal. Haha.

Kak Ha ni kategori introvert person. Memang tak pandai nak sembang-sembang sangat, tak pandai nak hu ha sana sini especially orang yang tak dikenali, yang baru Kak Ha jumpa. Tak pandai nak mulakan perbualan. Selalu orang kata Kak Ha ni sombong, konon tak mau sembang sangat dengan orang lain. Dah la muka jenis susah nak senyum. Memang sejujurnya Kak Ha ni tak ramai kawan pun .

Bagi Kak Ha setiap zaman yang dilalui tu, banyak kenangan terindah yang tersemat dalam memori. Zaman sekolah rendah, zaman dok asrama masa sekolah agama, zaman kat Mrsm.. Bila ingat balik, gelak la kat diri sendiri.
.
Kejayaan terbesar bersama Tasneem Naturel
Bila ditanya apa kejayaan terbesar Kak Ha dalam Tasneem, ini jawapan Kak Ha. Dulu tengok leader-leader ramainya anak team depa, Kak Ha selalu monolog dalam diri. Bestnya ada anak team yang ramai. Tapi aku tak pandai jadi ketua. Tak pandai nak lead orang. Segalanya rasa tak pandai. Banyak sangat biawak dalam diri ni.
.
Sebab Kak Ha sedar anak-anak team ni satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan baik. Bukan hanya seronok nak bagitau satu dunia kita ada anak team yang ramai, tapi adakah setiap mereka diberikan hak yang sepatutnya. Memang kena muhasabah diri sendiri semula.
Sikit-sikit Kak Ha cuba bina team walaupun masih tak ramai seperti orang lain tapi Kak Ha syukur dengan kehadiran merekalah menjadikan Kak Ha yang sekarang. Masih banyak kekurangan diri ni. Betul sangat kata Mami Jai, nak tunggu perfect sampai bila pun tak boleh jadi leader! Sentap kot. Mami kata tu semua proses. Sedar tak sedar sepanjang 6 bulan ni, sales team Kak Ha berjaya capai 12K. Alhamdulillah. Syukur. Tq semua anak-anakku.

.
Dengan Tasneem juga Kak Ha banyak belajar erti kebergantungan sepenuhnya kita kepada Allah dalam hidup, dalam bisnes. Dalam circle Tasneem kami bukan hanya di ajar marketing bumi saja, namun marketing langit, hubungan dengan Sang Pencipta, Pemberi Rezeki selalu ditekan oleh Ummi Idah dan Master2. Lain sangat dari bisnes-bisnes yang Kak Ha pernah join sebelum ni. Serius.. Lain sangat!
Satu kejayaan jugak bagi Kak Ha bila dapat pecahkan tembok ketakutan yang dah lama bersarang ni untuk live di FB. Hahaha. Sampaikan nak cari button live pun tak jumpa kat mana. Gara-gara kena siapkan task yang diberi daku gagahi jua. Dapat cakap 4 minit tu pun dah rasa lega yakmattt!
.
Rupanya tak habis kat situ! Dijemput pula oleh Hq untuk sharing bersama TasneemWarrior. Lagi ku tak keruan!Siap wasap Mami Jai & Kak Solihah sebab rasa tak boleh nak sharing malam tu. Sempat la menangis seround rasa tak mampu nak teruskan.

.
Walaupun tak sehebat sahabat-sahabat yang lain, namun itu satu kejayaan bagi diri Kak Ha untuk terus cantas blockage yang ada dalam diri. Perlu dibaiki dari hari ke hari. Terima kasih Ummi Idah, barisan Co-founder Tasneem, leader2 dan sahabat seperjuangan #TasneemWarrior yang banyak mengubah Kak Ha yang dulu jadi yang sekarang. Banyak membantu develop diri Kak Ha jadi yang lebih baik dengan circle yang positif, team yang best sangat.
.
Impian Kak Ha dalam bisnes yang diceburi
Suribisnes pun ada impian tau! Kak Ha suka dengan kata-kata Kiyai Hamdi ni. “Hidup yang tidak mempunyai impian ibarat kapal yang belayar tanpa kompas”Setuju tak? Sejak dari kecik lagi dah macam-macam kita pasang impian kan. Nak jadi itu, nak jadi ini. Nak pergi sana, nak pergi sini. Berimpian tu tak salah pun, free ja kot! Sebagai booster dan penguat diri untuk kita berusaha capai apa yang dihajati kan! Siapa Nabihah Md Nawawi 10 Tahun akan datang?Masa tu Kak Ha dah 43 tahun kot.
.
Moga Allah rezekikan umur yang diberkati untuk capai impian-impian ini. Aamiin. Dah lama sangat Kak Ha teringin nak jejakkan kaki ke Mekah untuk tunaikan ibadah umrah dan haji. Besar impian Kak Ha nak ke sana bersama suami, mak, keluarga Kak Ha dan keluarga mertua Kak Ha sama-sama tunaikan ibadah umrah. Masa ni Kak Ha dah ada bisnes sendiri. Dah jadi Master Leader Tasneem. Ada beberapa orang staf yang uruskan bisnes. Ada beribu surirumah yang dah ada gaji lebih dari 4 angka.
.
Waktu ni jugak Kak Ha dapat lihat satu persatu dari 101 malah 1001 impian anak-anak team Kak Ha berjaya mereka capai. Happy dengan family dan kewangan masing-masing masa tu. Untuk Kak Ha sendiri, impian untuk capai financial freedom dan time freedom. Dah tak ada hutang yang tertunggak, dah tak berkira-kira nak membeli itu dan ini untuk suami, anak-anak, diri sendiri dan keluarga. Dapat bayar zakat yang banyak, sedekah merata-rata. Dah bebas travel ke mana saja.. Bestnya .
.
Of course la ada impian memiliki rumah idaman yang selesa diduduki. Rumah yang sederhana besar, tapi suasananya seperti syurga duniawi.
Doakan Kak Ha dapat capai impian-impian ini ya!
.
Pesanan Kak Ha
Setiap hari kita akan berdepan dengan banyak pilihan. Kita nak pilih yang baik atau sebaliknya. Nak bangun tidur ke nak terus tidur, itu pilihan. Nak buat terus atau nak bertangguh, itu pilihan. Nak terus dalam mood sedih dan negatif, itu pilihan.
Anak menangis mengamuk, kita nak cool down atau kita pun sama marah, itu pilihan. Kita bertanggungjawab atas diri kita dengan apa yang kita nak jadi. Apa yang kita pilih nak jadi itu adalah jalan menuju kebahagiaan kita sendiri.
.
Cita-cita Kak Ha besar. Dan Kak Ha sangat berbesar hati jika kalian ingin menyertai team Kak Ha, ‘Kak Ha Warrior”. Kak Ha akan guide anda sebaiknya dan tunjuk jalan bagaimana nak berjaya bersama Tasneem Naturel. Kita bina kejayaan bersama-sama!
Orang sekitar Sungai Petani dan yang berdekatan ingin mendapatkan produk Tasneem Naturel, Tasneem Food, boleh hubungi Kak Ha di talian 0135999808
.