Tak sangka! Lost world Of Tambun betul-betul boleh buat RASA LOST!

I bet orang Ipoh pun mesti ramai lagi yang belum pernah pergi Lost World Of Tambun ni. Kami yg orang Perak ni memang kedekut sikit nak p tempat-tempat gini.haha. Plus selalu rasa macam tak de pape menarik kat situ.

Kalau nak bawak budak-budak, memang berbaloi sangat2 p sini. Yelah! Kalau nak p theme park macam Sunway lagoon tu, apa je depa boleh main? Bayar mahal alih2 depa celup-celup kaki je ye dak? Sebab mainan nya banyak yang belum sesuai untuk anak kecil.

Lost world ni sangat menang kat Petting Zoo nye. Sangat-sangat bersih dan cantik kalah kebanyakan zoo kat Malaysia. Kebanyakan ye bukan semua!hehe. Landscape lost world ni sangat2 lah cantik. Sebab dalam lingkungan banjaran dan bukit batu kapur. Fresh kut udara sini!

Entrance ke Petting Zoo
Pelbagai haiwan ada
Rumah Hamster
Ayam gemok-gemok
Puas hati anak dapat tengok macam-macam haiwan dengan dekat
Parrot yang pandai bercakap
Banyak spot cantik untuk tangkap gambar

 

Kawasan sekitar Banjaran
Fresh sangat

Dengan harga RM55 per pax sangat berbaloi baloi uols p taman tema gini. All in 1! Ada 6 taman semua boleh masuk. Ada water park, Amusement park (tapi tak banyak sangat la game macam Sunway lagoon nun), just ada roller coaster, kuda pusing2, buaian pusing tu.. tak banyak la. Ada hotspring, Petting zoo, Tiger valley, swan lake & Tin Valley. Dekat Tin Valley ni boleh tengok cara orang dulu melombomg bijih.

Overview Map of Lost World Tambun

Serius besaq baq hang tempat ni. Korang nak mai kena pandai planning. Kena isi perut kenyang-kenyang dulu. Cikjai ekceli dah p 2kali. Tapi tak sempat habis round semua gak lagi!

First time pergi bawak anak-anak buah belah suami, kami p betul2 pagar nak bukak jam 11. Depa duk pulun main air sampai petang, dah lewat petang baru masuk Petting Zoo. Sebab deme dah ngamuk lapar n penat, balik jugak lah.haha. Dapat tengok binatang sikit je. Memang tak puas! So wajib repeat!

Kolam merata-rata. Pilih je
Slides pun macam jenis. Tapi malam semua slides tak boleh naik dah
Taman Berpantai
Kawasan Slides khas untuk kanak-kanak

Seharian kalau explore Taman Tema Air dengan Dry Park memang macam tak puas satu hari. Belum lagi nak explore yang lain tu. Satu hari memang serius tak cukup.

 

Kali kedua pergi, kami duk hotel lost world. Kalau nak tahu, sape menginap kat sini, dapat Free entrance untuk Lost World Hot Spring & Night Park utk dua orang. Miqdad macam biasa, even dah 4y, tapi tak sampai 90cm, so FREE!haha

Untuk masuk malam ni, hanya boleh masuk hot springs and petting Zoo je. So… Elephants, tiger, giraffe semua tu still tak jumpa! Haha. Sebab tu kat lembah lain. Tutup Pukul 6petang. Huhu

Keadaan hotspring waktu malam

Pukul 9 malam ada Pertunjukan api yg orang main api masuk-masuk mulut tu..! Miqdad sangat enjoy tengok tapi adik takut duk nangis2.huhu.

So kalau nak masuk malam, boleh masuk start jam 6petang, better berendam dulu, lepas tu p Petting Zoo, boleh join bagi binatang makan. Then pkul 9 tengok pertunjukan api. Best jugak masuk petting zoo malam, sebab ada banyak jenis binatang yg aktif waktu malam le pulak! Yelah. Import lah kata kan. Jet lag x habis lagi.haha

Waktu bagi haiwan makan

Harga kat website normal price RM95, tapi depa banyak gak promo macam Hari selasa RM 30, Wednesday RM 1. Korang boleh check harga tiket kat sini https://sunwaylostworldoftambun.com/

Harga tiket Beli online kat Website
Promo Wednesday
Harga Ticket Hotspring Night Park

Psstt tapi kalau nak murah kan… P beli kat sini
http://destinationperak.travel/ticket/lost-world-of-tambun/

RM 55 dewasa. RM 49 kanak-kanak. Fix rate. Boleh masuk semua taman dari pagi sampai ke malam sampai lebam.


Dengan 55 hinggit berbaloi sangat benar nya bawak anak2 dtg sini. Sebab setengah tempat, nak masuk tiap tempat lain kena bayar asing lagi haa. Kecuali untuk rumah hantu kena bayar. Kami tetap nak repeat lagi sebelum miqdad tinggi!haha

Btw ada jugak boleh camping dalam tu tau. Dia bagi duk dalam khemah, tapi siap ada tilam queen, ada kipas, ada letrik la kan. Stay situ satu malam. Boleh keluar masuk. Means kalau nak p makan kat luar xde masalah. Dan boleh masuk theme park 2 hari uols! Wahhh baru puas kot kan? Hehe

Clamping

Boleh follow/see first cikjai utk tempat menarik lagi bawak anak2 😁

Cikjai,
Makin suka bawak anak jalan

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat