Tips Hilangkan Marah pada Anak

“Korang.. Nak tanya pendapat ni. Lately Sal (bukan nama sebenar) selalu rasa nak marah dekat anak-anak. Memang marah betul ke anak kalau dia buat silap. Tumpah air, makan bersepah, buat rumah sepah. Kejap je rasa nak naik hangiin!”

Ini luahan seorang rakan dalam group Whatsapp kami tempoh hari, mudah jadi pemarah akhir-akhir ni.

Selalu tak perasan termarah melampau, lepas tu mesti menyesal. Sobs!

Menjadi pemarah ni kadang bukan sifat semulajadi seorang wanita. Tapi perasan tak, bila dah kahwin, watak wanita ni mudah berubah. Ini semua berkait dengan kesibukan kerja hakiki dan mengurus rumah tangga. Tambah lagi yang hidup di kota besar setiap hari hadap jammed, anak menyepah rumah, akhirnya anak- anak yang 2 orang itu tempat dia melampias rasa amarahnya.

Jadi banyaklah yang berkongsi tip- tip terbaik untuk mengawal rasa marah tu. Ada yang memberi pandangan dari kacamata seorang surirumah, ada dari manager besar sebuah syarikat, ada dari cikgu, ada dari pakar terapi hospital dan bermacam background lagi.

Di sini saya senaraikan 10 tip yang mungkin boleh membantu kawan- kawan di luar sana.

10 Tips redakan kemarahan

1. Pastikan anda bergerak. Jangan biarkan diri statik

Bila kita marah, kita kena bergerak. Jangan stay tercegat dekat situ. Tips ni bagi saya bertepatan sangat dengan anjuran di mana dalam satu hadis ada menyebut tentang mengubah posisi kedudukan ni.

Rasulullah SAW bersabda; “Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.” (hadis riwayat Muslim).

2. Alirkan amarah pada benda lain.

Kita kena lepaskan kemarahan tu dengan alirkan ke benda lain, boleh pergi basuh pinggan ke, cuci toilet ke. Alirkan aura negatif tu kepada benda bukan hidup yang ada di sekeliling kita pada masa tu.

Pung pang basuh pinggan, sental lantai bilik air dengan kua, InsyaAllah marah tadi akan reda. Tak caya, kena cuba!

Gosok berulag-ulang kali bagi energy negatif tu keluar

3. Teknik Pernafasan

Tarik nafas sedalam- dalamnya, cakap pada diri sendiri relaks! relaks! relaks! Lepaskan apa yg buat kita marah, buat sampai relaks. Time nak marah anak tu pi dekat dia, duduk sama tinggi dengan anak, renung mata anak dalam- dalam, insyaAllah reda sikit.

4. Conteng kertas

Ada satu cara lagi ambil pensil warna dan sila conteng kertas. Ambil je warna mana yang terfikir yang mewakili perasaan kita time tu. Sampai kita rasa kita guna warna yang kita rasa tenang, ulang 3 kali masih tenang, mesti perasaan kita pun akan sama tenang dengan warna tu.

5. Tulis dan bakar.

Ambil satu buku catatan dan hamburkan segala perasaan marah kita tadi pada buku tersebut. Segalanya kemudian bakar ia atas dapur kertas itu. Moga terbakar segala amarah tadi seperti kertas itu.

6. Stop jadi perfectionist.

Kena bincang dengan suami boleh tak rumah bersepah? Boleh tak kain baju saya lipat seminggu sekali je? Boleh tak saya mop laintai malam- malam lepas anak dah tidur? Tolak ansur begini sangat mendamaikan jiwa. Buat kita tak terkejar- kejar untuk menjadi seorang yang perfectionist.

7. Belajar fahami anak.

Cara anak tunjuk protes, cara belajar anak, cara tackle anak supaya kita tahu cara memarahi anak dengan betul. Supaya dia tak ulang dah salah yang sama.

8. 10 minutes dengan anak

Balik dari kerja tu duduk kejap dengan anak-anak, luangkan masa dengan dia dulu. Main dengan anak dulu sekejap. Then explain mama nak masak ni, nak buat itu ini, mintak dia main elok-elok dengan adik. Jangan terus tengok smartphone. Itu sebab anak buat hal tanda protes.

9. Berpura-pura Anda Di Tempat Umum

Cuba bayangkan anda di tempat umum. Mesti anda taknak menjerit pada anak-anak, kan? Cuba diam sekejap dan cakap dengan lembut, kemudian beritahu dia kenapa anda marah.

10. Refleks diri

Cuba kenang dan fikir marah tu sebab memang salah anak atau sebab perkara lain? Lagi perlu dikenang apabila anak sepahkan mainan, tanya diri siapa yang belikan mainan tu? haha

Ada tips lain? Jom kongsikan di ruangan komen.

Baca juga: Anak tantrum dan Cara Atasi

Facebook0
Instagram
SOCIALICON
SOCIALICON
Follow by Email
YouTube
SOCIALICON

Author: Cikjai

Assalamualaikum. Cikjai here. Suri rumah separuh masa. Separuh masa lagi Exec Leader Tasneem Naturel, balm bayi terbaik untuk anak tuan puan. Saya tinggal di Taiping bersama suami dan tiga orang anak. Di blog ini, saya banyak berkongsi tentang tips penjagaan bayi dan anak-anak. Sebarang cadangan dan perkongsian pengalaman bolehlah diemailkan kepada zainurulazwazakaria@gmail.com serta saya boleh dihubungi terus pada talian 0172562030 sama ada melalui sms, whatapp atau telegram. Salam perkenalan =)

2 thoughts on “Tips Hilangkan Marah pada Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
Your Cart
Open chat