Rupanya Kundasang ni bukan macam Cameron Highlands yang banyak hotel tinggi-tinggi, banyak kedai-kedai. Kedai makan pun susah nak cari. Bila dah malam memang senyap sunyi, tak de pun pasar malam macam di Cameron tu.
Aktiviti ekonomi dan perhotelan di sini tidak sepesat di kawasan peranginan tanah tinggi yang lain. Ada Desa Dairy Farm je di sini, ladang lembu dan tenusu. Orang kampung kat sini kebanyakan nya banyak tanam sayur dan pasarkan sendiri-sendiri macam tu je.
Memang Kundasang sangat terpelihara lagi dari pembangunan. Yang nak merasa enjoy nature alam semulajadi sangat sesuai datang sini. Udara sangat nyaman, sejuuukk! Suhu sekitar 16-25°C. Sesuai sangat untuk honeymoon. Haa suka letew.hehe
So kalau kau orang ada plan nak bercuti ke Kundasang, make sure prepare 5 perkara penting ni.
5 Perkara Penting perlu sedia sebelum ke Kundasang

1) HOODIES/SWEATER YANG SESUAI
Pastikan cari yang sesuai dengan suhu disana sekitar 16 – 25 Celcius. Bawa hoodies atau sweater yang biasa pun dah ok. Untuk anak-anak pun sama.
Di Kundasang, takde tempat jual sweater, glove atau stokin-stokin comel macam berlambak di Cameron tu. So make sure korang bawa siap-siap di semenanjung atau beli di KK. Malam sangat-sangat lah sejuk ok.

.
2) KASUT YANG SELESA
Di Kundasang, kebanyakkan laluan ke destinasi perlancongan sedikit berbukit dan tanah berbatu berpasir, contohnya di Kinabalu Park, Poring Hot Spring dan Pine Resort.
So make sure pakai kasut yang sesuai dan selesa. Seeloknya pakai sport shoe. Sebab kalau kau orang amek pakej 3 atau 4 hari di Sabah, memang jadual nya pack. Banyak berjalan.

.
3) UBAT-UBATAN
Dah pergi tempat agak sejuk ni, memang kena standby panadol ke atau ubat selesema. Takut-takut terkejut dengan perubahan suhu, terus selsema.
Macam cikjai, sebab memang asthma kena standby bawak pump inhaler jangan tinggal k! Set Balm Tasneem memang wajib bawak untuk kegunaan satu family. Senang, selesema ke sakit perut ke kut tak kena dengan makanan senang, haa sapu je.

.
4) CAMERA
Kundasang ni pemandangan dia serius memang cantik! Perjalanan antara destinasi pun menarik. So rugi sangat kalau korang tak bawak camera best-best. Rugi laa tak photoshoot cantik-cantik kat atas tu. Nah! Belanja sikit gambar permandangan di Kundasang. Nyaman amat bah!

.

.

.

.

.

.

.
5) DUIT CASH SECUKUPNYA

.
Pastikan korang Cash out terus bila dah sampai airport atau bandar Kota Kinabalu. Dah sampai sekitar Kundasang senang untuk beli belah di Nabalu & Kundasang Market.
Lagi satu, sebelum naik, pastikan korang dah beli siap-siap makanan untuk kudap-kudap macam roti, biskut, Maggie ke. Atas tu sejuk, asyik lapar je nanti.hehe. Tambah bawa anak-anak, kejap-kejap nak mengunyap. Boleh beli di Pekan Nabalu sebelum naik.
Share je dulu. Nanti bila masa nak pergi senang cari balik 😁
Cikjai,
Rindu Kundasang
1 thought on “Tips ke Kundasang”